Utusan Borneo (Sarawak)

Len Talif: Pemilikan tanah NCR tidak boleh disamakan seperti miliki isteri

-

KUCHING: Pemilikan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) tidak boleh disamakan seperti memiliki seorang isteri, tegas Menteri Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh.

“Saya setuju pemilikan tanah NCR tidak boleh disamakan dengan pemilikan seorang isteri,” katanya.

Ia respons beliau terhadap kenyataan Dato Henry Harry Jinep (PDP-Tasik Biru) semasa sesi soal jawab pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Henry sebelum mengemukak­an soalan tambahan memberitah­u Dewan bahawa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyamakan pemilikan tanah NCR dengan pemilikan seorang isteri.

“Beberapa hari selepas Kanun Tanah Negeri dipinda pada persidanga­n DUN Julai lepas, ada NGO membuat perhimpuna­n aman di Pusat REDEEMS, Bau.

“Satu kenyataan mereka mengatakan, tanah NCR sama seperti isteri, berbunyi ‘adakah kita perlu meminta kebenaran untuk berasmara dengan isteri kita?’

“Sekarang, mana boleh kita menyamakan tanah NCR dengan isteri kita. Itu tidak betul... Untuk mempunyai isteri, kita mesti berkahwin dan mendaftar,” katanya.

“Pemilikan tanah, kita memilikiny­a dan mewariskan­nya kepada anak-anak kemudian cucu cicit kita. Kenyataan seperti itu tidak masuk akal,” katanya.

Menjawab soalan Henry bila kerajaan negeri akan mengadakan jerayawara memperjela­skan pindaan Kanun Tanah Negeri 2018, Len Talif berkata ia akan dilakukan sebaik mendapat kelulusan daripada kabinet negeri.

“Dalam jerayawara ini staf Jabatan Tanah dan Survei akan menjelaska­n proses dan prosedur mengikut undangunda­ng, agar tidak berlaku perbalahan di lapangan.

“Ini juga membolehka­n rakyat tahu mengenai pindaan ini dan tidak dikeliruka­n oleh kenyataan-kenyataan NGO yang berhasrat menghasut orang ramai,” katanya.

Terdahulu, Len Talif menjawab soalan dikemukaka­n Ali Biju (PKR-Krian) berkata, undang-undang tanah berikutan pewartaan Pindaan Kanun Tanah pada 3 Ogos, masih dalam proses dimuktamad­kan.

Beliau berkata sebaik ia dimuktamad­kan, undang-undang tanah perlu diluluskan oleh Kabinet Negeri sebelum proses pemilikan hak milik Domain Kawasan Peribumi (NTD) boleh dilaksanak­an.

“Saya tidak boleh memberi tempoh masa. Kita mahu ia dilakanaka­n secepat mungkin,” ujarnya.

 ??  ?? Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher, Steve Annuar, Watt Zacchaeus
Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher, Steve Annuar, Watt Zacchaeus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia