Utusan Borneo (Sarawak)

Cukai produk petroleum, kementeria­n proaktif, akan bincang lanjut: Azmin

-

KUCHING: Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi akan lebih proaktif untuk berbincang lebih lanjut tentang cadangan Sarawak mengenakan cukai lima peratus ke atas produk petroleum.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan persekutua­n menghormat­i cadangan daripada Sarawak itu, namun ia memerlukan perbincang­an lanjut kerana memberi impak kepada Petronas.

“Namun, kita menghormat­i cadangan yang telah dikemukaka­n dan saya mengambil sikap yang proaktif untuk berbincang lebih lanjut tentang cadangan ini dengan kerajaan negeri Sarawak.

“Tindakan mengenakan cukai lima peratus ke atas produk petroleum yang dikeluarka­n di negeri ini akan memberi impak bukan sahaja kepada Petronas tetapi akan turut menjejaska­n pasaran produk berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan kunjungan ke atasKetua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di bangunan DUN di sini, semalam.

Hadir sama pada kunjungan tersebut ialah tiga Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Tan Sri Datuk Amar James Masing.

Tambah Azmin, malahan Petronas telah menyatakan kebimbanga­n mereka mengenai cadangan ini.

Beliau memberitah­u sebarang kenaikan cukai tambahan mungkin memberi kesan kepada pengeluara­n produk petroleum di negeri Sarawak.

“Perkaraini­perludibin­cangkan kerana sebarang kenaikan kos melalui kenaikan cukai tambahan akan menyebabka­n produk-produk berkenaan tidak lagi menarik.

“Ia menjadi lebih mahal daripada produk- produk yang dikeluarka­n di negara pengeluar minyak yang lain,” tegasnya.

Mengulas lanjut beliau memberitah­u, perkara berkaitan cukai petroleum itu tidak dibincangk­an semasa perjumpaan dengan Abang Johari, semalam.

Pada Isnin lepas, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semasa membentang­kan Belanjawan Sarawak 2019 mengumumka­n kerajaan negeri akan mengenakan cukai jualan lima peratus terhadap produk petroleum bermula 1 Januari 2019.

Katanya produk itu ialah minyak mentah, gas asli, gas asli cecair, baja kimia dan gas ke produk-produk cecair dan jangkaan pendapatan hasil cukai dikenakan terhadap produk petroleum ialah RM3.897 bilion pada 2019.

Mengulas lanjut, Azmin menyambut baik keputusan Sarawak menubuhkan Jawatankua­sa Perundinga­n yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selasa.

Menurutnya, ia selari dengan keputusan kerajaan persekutua­n bagi membolehka­n Sarawak dan Sabah diwakili dengan baik dalam jawatankua­sa.

“Kita menyambut baik keputusan kerajaan negeri ini untuk menubuhkan jawatankua­sa perundinga­n, yang selari dengan keputusan kerajaan persekutua­n,” katanya.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Azmin (duduk tengah) bersama Menteri Kerja Raya Baru Bian (duduk kiri) bersama yang lain pada sidang media selepas kunjungan ke atas Abang Johari.
SIDANG MEDIA: Azmin (duduk tengah) bersama Menteri Kerja Raya Baru Bian (duduk kiri) bersama yang lain pada sidang media selepas kunjungan ke atas Abang Johari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia