Utusan Borneo (Sarawak)

Projek pengerukan muara Sungai Sarawak dijangka siap lebih awal

-

KUCHING: Projek pengerukan muara Sungai Sarawak dijangka siap lebih awal daripada jadual asal.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Kamarudin Jaafar berkata, projek yang melibatkan Tanjung Po hingga ke Pending bernilai RM420 juta itu mula dilaksanak­an pada November tahun lalu dan dijadual siap sepenuhnya November tahun hadapan.

“Bagaimanap­un, kontraktor terbabitme­maklumkanp­ihaknya komited untuk menyiapkan projek ini lebih awal iaitu Ogos tahun hadapan,” katanya ketika ditemui media semasa lawatan kerja di Kompleks Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Sarawak, KM18.5, Jalan Kuching Serian di sini, semalam.

Menjelas lanjut mengenai projek itu, Kamarudin berkata, kerja-kerja pengerukan sungai dan laut melibatkan kawasan sepanjang 43 kilometer (km).

“Apabila siap nanti, kedalaman laluan air itu nanti akan meningkat dari tiga ke lima meter kepada sembilan meter ketika paras air biasa.

“Malah, laluan dengan lebar antara 160 ke 180 meter juga akan membolehka­n kapal-kapal besar melaluinya meskipun ketika paras air rendah,” jelasnya.

Apabila projek itu siap, katanya, masa menunggu dapat dipendekka­n dan pelabuhan dapat beroperasi 24 jam yang sekali gus akan memberi kesan signifikan kepada ekonomi serta perniagaan di sekitar Kuching.

“Meskipun terdapat cabaran akan dihadapi kontraktor berkaitan batu-batu di dasar sungai itu, kontraktor memaklumka­n bahawa mereka yakin dapat menyelesai­kannya,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai lawatannya ke JPJ Sarawak semalam, Kamarudin memberitah­u pihaknya akan mempertimb­angkan permintaan jabatan itu bagi penyelengg­araan bangunan termasuk dan keperluan mereka di negeri ini.

“Sebolehnya kita akan melaksanak­an mengikut keu- tamaan dan yakin akan beri pertimbang­an serius terhadap isu ini dalam usaha memastikan jabatan ini menyediaka­n perkhidmat­an terbaik kepada rakyat,” katanya.

Samping itu, tambah beliau, kementeria­n juga akan memberi perhatian berat soal kemalangan raya dan berharap JPJ serta agensi berkaitan dapat bersama-sama melihat perkara ini.

Hadir sama pada lawata itu ialah Pengarah JPJ Sarawak Mohd Shafiq Anas Abdullah.

 ??  ?? KUNJUNGAN: Kamarudin merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan JPJ Sarawak semasa melawat kompleks jabatan itu di Jalan Kuching Serian, semalam.
KUNJUNGAN: Kamarudin merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan JPJ Sarawak semasa melawat kompleks jabatan itu di Jalan Kuching Serian, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia