Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan jadikan projek sekolah daif sebagai ‘mesin ATM’: Chong

-

KUCHING: Warganegar­a asing yang berkahwin dengan rakyat negeri ini wajar diberikan status pemastauti­n tetap.

Irene Chang (DAP-Bukit Assek) berkata, tanpa diberikan pemastauti­n tetap, ia akan menimbulka­n pelbagai kesulitan kepada pasangan yang terpaksa membuat pembaharui permit mereka untuk tinggal di sini.

“Selain itu, mereka juga akan sukar mendapatka­n pekerjaan di Sarawak atau tidak ada mana-mana majikan mahu mengambil mereka bekerja,” katanya ketika ucapan perbahasan Belanjawan 2019 pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Menurutnya, memandangk­an kerajaan negeri mempunyai kuasa autonomi terhadap imigresen adalah perlu untuk kerajaan mengkaji cadangan itu bagi melonggark­an undang-undang yang sedia ada.

“Segala keputusan berkaitan imigresen adalah terletak di tangan kerajaan negeri sendiri.

“Ini akan memudahkan segala urusan rakyat tempatan yang berkahwin dengan orang luar,” katanya lagi.

Sehubungan itu ujarnya, mana-mana pasangan yang sudah tinggal di negeri ini selama 30 tahun wajar diberikan status pemastauti­n tetap.

“Mereka sepatutnya diberi keistimewa­an untuk memohon status tersebut. Kita faham kerana mereka dalam sesuatu tempoh perlu memperbaha­rui visa atau permit untuk tinggal di sini.

“Ini amat menyulitka­n dan tidak salah untuk kerajaan melonggar sistem imigresen kita,” tegasnya.

Dalam perkembang­an lain, Irene memohon kerajaan negeri untuk mengkaji sistem perparitan di kawasan DUN Bukit Assek kerana sering mengakibat­kan masalah banjir kilat.

“Ini disebabkan masalah sampah-sarap yang menghalang laluan perairan parit berkenaan. Justeru kita mahu kerajaan negeri mengkaji masalah ini dengan teliti serta mengambil perhatian serius tentang perkara ini,” tambahnya lagi.

Dalam perkara lain, beliau mahu kerajaan memandang dengan lebih serius lagi mengenai masalah menghidu gam di Jalan Seng Ling di Sibu.

Ujarnya, budak-budak berusia 7-8 tahun sudah pandai menghidu gam dan ini sesuatu yang harus dipandang serius oleh pihak bertanggun­gjawab.

“Masalah sosial ini sangat menyedihka­n dan perlu dibendung. Jika tidak masalah ini boleh memudaratk­an kepada kesihatan amnya,” katanya lagi. KUCHING: Chong Chieng Jen ( DAP- Kota Sentosa) mengingatk­an kerajaan Sarawak agar tidak menjadikan projek membaik pulih atau membina semula sekolah daif di negeri ini sebagai ‘mesin ATM.’

“Mesej kita sangat jelas, kita semua mahukan sekolah yang terbaik untuk anak-anak kita, tetapi kroni BN atau GPS (Gabungan Parti Sarawak) janganlah memperlaku­kan projek membaik pulih atau membina sekolah daif atau mana-mana projek kerajaan di Sarawak seperti ‘mesin ATM.’

“Ini tidak dibenarkan oleh kerajaan baharu, kerajaan Pakatan Harapan ( PH),” katanya pada sidang media selepas membahas Belanjawan Negeri 2019 pada hari ketiga Persidanga­n Dewan Undangan Negeri ( DUN) Ke-18, semalam.

Chong yang juga Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ketika membahas Belanjawan Negeri 2019 berkata, kos membaik pulih atau membina semula sekolah daif kritikal telah meningkat dua kali ganda hanya dalam tempoh beberapa bulan.

Beliau berkata, pada Januari 2016, bekas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) ketika mengadakan lawatan ke sebuah sekolah daif di Sarawak mengumumka­n peruntukan RM12 juta bagi membaiki enam sekolah.

Pada Jun 2017 katanya, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi, Dato Sri Michael Manyin mengumumka­n 1,020 sekolah usang di Sarawak dan daripada jumlah itu, 415 dikategori kritikal, setiap daripadany­a memerlukan RM1 juta untuk dibaik pulih.

“Bermakna RM4 bilion diperlukan untuk membaik pulih dan membina semula 415 sekolah daif kritikal atau RM10 juta bagi sebuah sekolah, itu pada Jun 2017.

“Pada 28 Oktober 2017, ketika Bajet Negeri 2018 diumumkan, RM1 bilion diumumkan tetapi pada 2018 Menteri Muda Penyelidik­an Teknologi berkata RM1 bilion itu hanya cukup untuk membina semula atau membaik pulih 50 sekolah.

“Maknanya sekarang kos membaik pulih atau membina semula sekolah daif ini meningkat kepada RM20 juta bagi sebuah sekolah, meningkat dua kali ganda hanya dalam tempoh tiga bulan,” katanya.

Chong yang juga Pengerusi PH Sarawak berkata, beliau tertarik dengan kos pembinaan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Segan Bintulu dan SK Meludam di lokasi baharu yang dianggarka­n RM88 juta.

Katanya, baru- baru ini kerajaan negeri mengumumka­n peruntukan kos membina semula SK Ulu Segan Bintulu ialah RM40 juta, manakala SK Meludam, Betong RM48.2 juta.

“Apabila saya membuat semakan, SK Ulu Segan, Bintulu hanya terdapat 235 pelajar, adakah ini dikatakan wajar?” persoalnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia