Utusan Borneo (Sarawak)

Chong mahu penjelasan apabila cukai lima peratus dilaksana 1 Jan

-

KUCHING: Adakah pengenalan cukai jualan terhadap produk-produk petroleum akan memberi kesan terhadap pengguna dan industri di Sarawak?

Mungkin warga Sarawak akan membayar lebih susulan cukai ini?

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen mahu penjelasan daripada kerajaan Sarawak apabila cukai lima peratus dikenakan pada 1 Januari depan.

Beliau juga mempersoal­kan adakah sebelum dibentangk­an menerusi Rang UndangUnda­ng Perbekalan (2019) pada Isnin lepas, kerajaan Sarawak telah menjalanka­n kajian menyeluruh mengenai kesannya?

Chong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri Sarawak semalam berpendapa­t cukai berkenaan akan memberi kesan terhadap sistem ekonomi, pengguna, pengangkut­an dan pertanian.

Cukai tersebut menurutnya, akan menyebabka­n kos pengeluara­n petroleum meningkat.

“Mungkin warga Sarawak akan membayar lebih susulan pengenalan cukai ini,” katanya yang memberi contoh cukai jualan dikenakan terhadap pembelian loteri di Sarawak sebanyak 10 peratus.

Ketika membentang­kan Belanjawan Sarawak 2019, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, cukai baharu itu dijangka menjana hasil RM3.9 bilion pada tahun hadapan.

Cukai jualan itu bakal dikenakan terhadap produk petroleum yang terdiri daripada minyak mentah, gas asli, gas asli cecari, baja kimia dan gas ke produk-produk cecair.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Chong pada sidang media selepas membahas Bajet Negeri 2019 di Bilik Media, DUN semalam.
SIDANG MEDIA: Chong pada sidang media selepas membahas Bajet Negeri 2019 di Bilik Media, DUN semalam.
 ??  ?? Laporan oleh Saibi Gi Patricia Gari Jessica Jawing Nick Fletcher Steve Annuar Watt Zacchaeus
Laporan oleh Saibi Gi Patricia Gari Jessica Jawing Nick Fletcher Steve Annuar Watt Zacchaeus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia