Utusan Borneo (Sarawak)

SMA akan bekerjasam­a dengan pelbagai agensi termasuk SKMM dan SFC, wakil rakyat turut diminta beri maklum balas

-

KUCHING: Lembaga Multimedia Sarawak ( SMA) akan bekerjasam­a dengan pelbagai agensi termasuk Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) untuk menambah baik kemudahan telekomuni­kasi di luar bandar negeri ini.

Justeru, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol berkata, SMA melalui surat bertarikh 5 Jun 2018 telah meminta wakil rakyat untuk memberi maklumat tentang keadaan di kawasan masing-masing yang mempunyai masalah sistem telekomuni­kasi.

“Maklumat sebegini amat penting untuk memastikan SMA berfungsi dengan baik selain dapat berhubung dengan syarikat telekomuni­kasi yang berkaitan iaitu Celcom, Digi dan Maxis untuk memastikan peralatan mereka berfungsi dengan baik,” ujarnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Dalam pada itu, Abdul- lah yang juga ADUN Semop menambah, kawasan tumpuan untuk pemasangan infrastruk­tur telekomuni­kasi tidak hanya terarah ke kawasan tarikan pelanconga­n, tetapi juga kawasan yang mempunyai potensi ekonomi serta kawasan pedalaman yang mempunyai potensi untuk dibangunka­n dari segi pertanian.

“Ini kerana telekomuni­kasi melibatkan banyak aspek ekonomi negeri terutama dalam menaik taraf sosioekono­mi di sesuatu kawasan dan sistem perhubunga­n ini juga berkaitan dengan pendidikan, maklumat dan sebagainya,” katanya.

Menjawabpe­rsoalanADU­N Daro, Safiee Ahmad mengenai kemudahan telekomuni­kasi di konstituen­sinya, Abdullah berkata, terdapat 14 struktur menara telekomuni­kasi sedia ada di kawasan Daro.

Selain itu katanya, SMA juga telah mengambil inisiatif menggunaka­n peruntukan negeri untuk membina baharu empat lagi struktur menara telekomuni­kasi di kawasan Daro .

“Tender akan dikeluarka­n pada penghujung bulan ini dan diharap kerja pembinaan menara telekomuni­kasi ini dapat bermula pada Disember nanti,” katanya sambil menambah, pembinaan keempat-empat menara telekomuni­kasi tersebut dijangka siap dalam tempoh tiga bulan.

Berhubung menaik taraf beberapa menara telekomuni­kasi di kawasan Daro kepada 3G dan 4G, Abdullah berkata, Maxis telah menaik taraf satu daripada dua menara telekomuni­kasinya kepada perkhidmat­an 4G dan sebuah lagi masih dalam proses naik taraf.

Untuk Digi pula, beliau berkata, sebuah menara telekomuni­kasinya dalam proses menaik taraf kepada 4G dan dijangka siap Disember tahun ini, sementara Celcom yang memiliki lima menara telekomuni­kasi telah melengkapi semuanya dengan 4G.

Manakala menjawab soalan sama daripada ADUN Tanjung Datu Datuk Amar Jamilah Anu, Abdullah berkata, tiga menara telekomuni­kasi baharu telah dirancang untuk dibina yang dianggarka­n bernilai RM6 juta.

“Namun ini bergantung kepada penilaian akhir pemeriksaa­n di tapak pembinaan menara tersebut serta beberapa perkara lain yang berkaitan,” katanya.

Beliau menambah, rangkaian telekomuni­kasi tersebut juga akan menumpukan kawasan pelanconga­n di Tanjung Datu seperti Pulau Talang Talang, Taman Negara Tanjung Datu dan kawasan pelanconga­n lain.

Ini kerana telekomuni­kasi melibatkan banyak aspek ekonomi negeri terutama dalam menaik taraf sosioekono­mi di sesuatu kawasan dan sistem perhubunga­n ini juga berkaitan dengan pendidikan, maklumat dan sebagainya. Abdullah Saidol Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat)

 ??  ?? ABDULLAH
ABDULLAH
 ??  ?? Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher, Steve Annuar, Watt Zacchaeus
Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher, Steve Annuar, Watt Zacchaeus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia