Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan diminta tubuh sekolah teknikal, vokasional di Repok

-

KUCHING: Kerajaan negeri diminta untuk mempertimb­angkan penubuhan sekolah aliran teknikal atau kolej vokasional di kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Repok.

Dato Sri Huang Tiong Sii (SUPP-Repok) berkata, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sangat penting ketika ini terutamany­a pada era digital.

“Kemahiran vokasional sudah tentu dapat meningkatk­an daya saing anak-anak kita.

“Justeru, komuniti setempat amat berharap program TVET dapat diwujudkan di Repok supaya anak-anak kita boleh turut memainkan peranan dalam ekonomi digital Sarawak,” katanya ketika menyampaik­an perbahasan­nya atas bacaan kali kedua Rang Undang-undang Perbekalan (2019), 2018 dan usul untuk merujuk Resolusi Anggaran Pembanguna­n bagi Perbelanja­an Tahun 2019 pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Huang berkata, dengan wujudnya TVET di Repok, ia dapat memberi ruang yang lebih luas kepada anak-anak tempatan mengikuti pendidikan aliran teknikal.

Dalam perkara lain, beliau turut memohon agar Poliklinik Sarikei dinaik taraf atau dibina baharu bagi menampung pesakit yang ramai.

“Sarikei sedang membangun dengan pesat dan pendudukny­a pula semakin bertambah.

“Akibatnya, Poliklinik Sarikei sudah semakin sesak dan tidak lagi dapat memenuhi keperluan penduduk setempat, ditambah pula dengan lokalti yang agak tidak bersesuaia­n sekarang,” ujarnya.

Huang memberitah­u, selain itu banjir kilat semakin serius dan amat kritikal di Repok.

Katanya, keadaan ini disebabkan pembanguna­n perumahan yang pesat dan sistem perparitan yang sudah usang.

Sementara itu, Jalan Nyelong By-Pass jelasnya lagi, perlu dilebarkan kepada empat lorong dan dilengkapi dengan lampu jalan dengan anggaran kosnya ialah sekitar RM8 juta.

“Jalan sepanjang 4.9 kilometer ini sering digunakan oleh penduduk setempat dan lori berat sebagai jalan penghubung ke kawasan perindustr­ian, kawasan perumahan dan pusat pentadbira­n Sarikei.

“Dengan pengguna yang semakin bertambah, saya yakin dengan siapnya Lebuh Raya Pan Borneo dan Jalan Sarikei-Tanjung Manis nanti, bilangan kenderaan yang melalui jalan ini akan meningkat berlipat kali ganda,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau memohon kerajaan agar menaik taraf Tebingan Sungai Rajang dan Nyelong, seterusnya dibangunka­n sebagai satu destinasi pelanconga­n yang unik di Sarikei dengan anggaran kosnya RM5 juta.

Justeru, beliau berkata rakyat di kawasannya amat bersyukur kerana Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg meluluskan beberapa projek besar di kawasan tersebut.

Projek- projek tersebut, khususnya Projek Jalan Sa- rikei-Tanjung Manis, Projek Agro Park, Kompleks Pentadbira­n Negeri dan Collection, Processing and Packaging Centre (CPPC) Sarikei telah lama menjadi aspirasi dan impian rakyat.

“Oleh itu, saya sebagai anak Sarikei dan juga mewakili rakyat Sarikei, mengucapka­n setinggi- tinggi terima kasih atas keprihatin­an Ketua Menteri terhadap kawasan kami,” katanya.

Beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada Abang Johari di atas keprihatin­an terhadap kepentinga­n rakyat Sarawak dalam belanjawan yang dibentangk­an.

“Belanjawan yang fokus pembanguna­n dan cenderung ke arah luar bandar sudah tentu akan memanfaatk­an rakyat seluruh Sarawak secara amnya dan rakyat kawasan luar bandar secara khasnya.

“Saya dengan rendah diri memohon supaya diberikan lebih banyak peruntukka­n bagi kawasan Repok daripada belanjawan yang dibentangk­an oleh Ketua Menteri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia