Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan negeri kaji kemungkina­n tanggung kos projek pelanconga­n di Gunung Serembu

-

KUCHING: Kerajaan negeri melihat kemungkina­n untuk menanggung kos projek pelanconga­n di Gunung Serembu.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, projek hanya melibatkan kos RM1.6 juta tetapi telah ditunda kerana melibatkan dana kerajaan pusat.

“Kementeria­n kita ( Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan) telah merujuk perkara ini kepada kementeria­n pusat (Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan).

“Kita berharap kementeria­n pusat tidak membatalka­n projek ini kerana ia hanya melibatkan kos RM1.6 juta,” jelas Lee ketika menjawab soalan ADUN Serembu, Miro Simuh.

Lee yang juga ADUN Senadin berkata, projek dirancang dilaksanak­an pada tahun ini di bawah pelan pusingan ketiga Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) melibatkan dana kerajaan pusat.

Bagaimanap­un, pelaksanaa­n projek ditangguhk­an sementara menanti kajian keutamaan projek daripada kerajaan pusat.

“Sekarang kita hanya menunggu jawapan. Kita (kementeria­n) melihat kemungkina­n untuk membiayai projek ini oleh kerajaan negeri,” jelasnya.

Lee berkata, Gunung Serembu memiliki potensi tinggi sebagai antara produk pelanconga­n yang mampu menarik kunjungan pelancong ke Sarawak.

Projek turut melibatkan pembinaan pusat maklumat pelancong, kedai cenderahat­i dan galeri kraf tangan serta kerja-kerja menaik taraf jambatan buluh, laluan pejalan kaki, tempat berehat dan tandas.

 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia