Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n akan cuba sekali lagi dapatkan dana tambahan bina projek Permyjaya Tiga

-

KUCHING: Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak akan mencuba sekali lagi untuk mendapatka­n dana tambahan daripada kerajaan pusat bagi pembinaan 278 rumah mampu milik di Permyjaya Tiga Kuala Baram yang tertangguh.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee berkata, setakat ini tiada rancangan untuk melaksanak­an projek tersebut yang telah diluluskan Unit Perancanga­n Negeri pada 10 November 2016.

“Permohonan dana tambahan daripada kerajaan pusat telah dimasukkan dalam pusingan ketiga Rancangan Malaysia Ke-11. Bagaimanap­un, permohonan telah ditolak,” ujarnya ketika menjawab soalan ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting pada hari ketiga Persidanga­n Dewan Undangan Negeri, semalam.

Ting memberitah­u, projek telah dirasmikan Ketua Menteri pada April 2013, tetapi masih belum dilaksanak­an setelah lima tahun menanti.

Menyediaka­n lebih banyak rumah mampu milik di Miri adalah antara manisfesto Ting dalam tempoh lima tahun.

Dr Annuar berkata, sejumlah RM50 juta diperlukan un- tuk menjayakan projek itu.

Turut dirancang dibina di Permyjaya Tiga ialah 549 unit rumah teres, kawasan komersial dan kemudahan komuniti.

Sehubungan itu, Ting digesa bekerjasam­a dengan Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo untuk membawa lebih banyak projek dari kerajaan pusat ke Miri.

Menurut beliau, Dr Teo pada Ogos lalu telah menyatakan hasrat kepada Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membina 8,000 rumah mampu milik di Miri.

Jumlah tersebut menurut Dr Teo adalah 10 peratus daripada jumlah 20,000 rumah yang dijanjikan dibina di Sarawak oleh KPKT yang menyasarka­n pembinaan membina satu juta rumah di seluruh Malaysia dalam tempoh lima tahun.

 ??  ?? DR ANNUAR
DR ANNUAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia