Utusan Borneo (Sarawak)

MA63: Saranan ikut model IGC dikemuka dalam surat kepada PM

-

KUCHING: Kerajaan negeri telah menulis surat kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar Jawatankua­sa Pemandu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dikomposis­i perwakilan­nya mengikut model Jawatankua­sa Antara Kerajaan (IGC) di mana pihak yang terlibat diwakili secara sama rata.

Menteri Muda Undangunda­ng, Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, pada 16 September lalu Dr Mahathir telah mengumumka­n bahawa kerajaan persekutua­n yang baharu akan mengem- balikan status rakan sekutu kepada negeri Sarawak dan Sabah sebagaiman­a termaktub di dalam MA63 setelah kajian ke atas MA63 disiapkan.

“Satu Jawatankua­sa Pemandu yang diketuai oleh Dr Mahathir telah ditubuhkan bagi mengkaji dan menyelaras­kan MA63 secara keseluruha­n, termasukla­h perkara berkaitan royalti minyak dan pembanguna­n Sabah dan Sarawak,” katanya menjawab pertanyaan daripada Dr Johnical Rayong Ngipa (UPP-Engkilili) pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Menurutnya, antara perkara yang diminta oleh kerajaan negeri minta agar dimasukkan ke dalam agenda Jawatankua­sa Pemandu itu ialah lebih kuasa autonomi dan tambahan sumber kewangan diberikan kepada Sarawak.

“Jawatankua­sa ini mempunyai tempoh enam bulan untuk melaksanak­an kajian tersebut,” tambahnya.

Terdahulu, Datuk Dr Juanda Jaya (PBB-Jemoreng) turut bertanya soalan yang hampir sama dengan Dr Rayong.

Semalam, usul mengenai penubuhan Jawatankua­sa Perundinga­n MA63 yang dianggotai oleh anggota DUN telah diluluskan oleh DUN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia