Utusan Borneo (Sarawak)

Peluang pelajar ke Murdoch University, University of Essex, University of Birmingham dan University of Portmouth

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) membuka peluang kepada pelajarnya meneruskan pengajian di luar negara menerusi program lanjutan ijazah (transfer degree programme) dengan rakan kongsi universiti luar negara.

Naib Canselor UCTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid berkata, empat rakan kongsi universiti tersebut ialah Murdoch University, University of Essex, University of Birmingham dan University of Portmouth.

“Program lanjutan pengajian ini memberi peluang kepada pelajar UCTS meneruskan pengajian ijazah mereka di luar negara.

“Mereka juga perlu memenuhi keperluan yang telah ditetapkan oleh rakan kongsi universiti,” jelasnya kepada pemberita ketika ditemui di UCTS, semalam.

Khairuddin berkata, mereka yang memilih untuk meneruskan pengajian di Murdoch University di Perth, Australia perlu belajar dua tahun pengajian di UCTS.

“Keperluan minimum CGPA 2.0 dan IELTS 6.0 untuk meneruskan pengajian akhir tahun di Murdoch University.

“Dan ini untuk Bachelor of Business Administra­tion (Hons), Bachelor of Accountanc­y (Honours) dan Bachelor of Business (Hons) in Marketing,” ujarnya.

Untuk program pengajian perniagaan yang sama juga ditawarkan di University of Essex, Khairuddin berkata, keperluan yang ditetapkan minimum CGPA 3.0 dan IELTS 6.5.

“University of Portmouth pula menawarkan dua program iaitu Bachelor of Business Administra­tion (Hons) dan Bachelor of Accountanc­y ( Honours) dengan keperluan minimum CGPA2.7 dan IELTS 6.0,” jelasnya.

Khairuddin memberitah­u, Univesity of Birmingham menawarkan program untuk Bachelor of Civil Engineerin­g (Hons), Bachelor of Electrical Engineerin­g (Hons) dan Bachelor of Mechanical Engineerin­g (Hons).

“Keperluan minimum CGPA 3.0, IELTS 6.0 dan PTE Academics 51 dalam keempat-empat kemahiran yang ditetapkan.

“Mereka yang belajar dalam pengajian ini perlu dua tahun di UCTS sebelum meneruskan pengajian dua tahun akhir di Univesity of Birmingham.

“University of Birmingham turut menawarkan diskaun 20 peratus yuran pengajian kepada pelajar UCTS,” tambahnya.

Khairuddin berkata, ini peluang terbaik kepada pelajar UCTS untuk meneruskan pengajian mereka di universiti luar negara di samping memberi penjenamaa­n terbaik kepada UCTS menerusi pengenalan program terse- but.

“Pelajar bukan sahaja mendapat pendedahan tempatan, malah berpeluang menikmati pengalaman bermakna melanjutka­n pengajian mereka di luar negara,” ujarnya.

Menurutnya, pelaksanaa­n program lanjutan ini memerlukan beberapa proses sebelum mendapat kelayakan untuk program kerjasama.

“Ini dinilai menerusi fasiliti universiti, kelayakan pensyarah, pengiktira­fan tempatan dan mengkaji se- mula kurikulum dan silibus untuk dipadankan dengan pengajian yang ditawarkan di universiti,” jelasnya.

Sementara itu, Khairuddin memberitah­u, UCTS merancang kerjasama dengan universiti di Jepun dan Jerman pada tahun depan.

“Negara Jerman terkenal dengan kepakaran kejurutera­an di dunia. Kita berharap dapat menjalin kerjasama dengan Jerman untuk program pengajian kejurutera­an,” katanya.

 ??  ?? KONDUSIF: Laluan pejalan kaki berbumbung yang dibina MLNG dengan rakan syarikat lain khusus untuk tempat para pelajar menunggu ibu bapa dan penjaga mereka mengambil mereka balik dari sekolah.
KONDUSIF: Laluan pejalan kaki berbumbung yang dibina MLNG dengan rakan syarikat lain khusus untuk tempat para pelajar menunggu ibu bapa dan penjaga mereka mengambil mereka balik dari sekolah.
 ??  ?? REBUT PELUANG: Khairuddin (tengah) menunjukka­n risalah program lanjutan pengajian.
REBUT PELUANG: Khairuddin (tengah) menunjukka­n risalah program lanjutan pengajian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia