Utusan Borneo (Sarawak)

Geran MRP RM1 juta bagi Ahli Parlimen GPS besar manfaatnya

-

MIRI: Peruntukan pembanguna­n sebanyak RM1 juta bagi projek kecil luar bandar (MRP) kepada Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) amat membantu dalam penyampaia­n perkhidmat­an.

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni berkata, selain MRP Ahli Parlimen GPS turut menerima geran projek transforma­si luar bandar ( RM5 juta) dan penyelengg­araan pusat khidmat (RM250,000).

“Peruntukan yang diberikan kerajaan negeri ini akan memantapka­n penyampaia­n perkhidmat­an Ahli Parlimen GPS di kawasan masing-masing,” katanya semasa menyampaik­an geran khas bagi Parlimen Sibuti semalam.

Dalam majlis itu, sejumlah 19 badan bukan kerajaan dan persatuan menerima MRP masingmasi­ng dengan jumlah keseluruha­n RM149,700.

Mengulas lanjut, peruntukan yang diberikan kepada Ahli Parlimen itu akan diagihkan lebih telus berdasarka­n pemohonan projek dari rakyat.

“Kita tidak dapat menyalurka­n geran kepada semua kerana ia bergantung kepada pertimbang­an projek atau aktiviti yang dijalankan.

“Bagaimanap­un, ada yang akan menerima jumlah yang banyak dan ada juga yang menerima jumlah yang sedikit bergantung kepada keperluan mendesak,” ujarnya lagi.

Lukanisman juga memberitah­u jika kerajaan negeri tidak menyalurka­n peruntukan pembanguna­n maka Ahlu Parlimen GPS tidak dapat menunaikan keperluan rakyat.

“Kita amat bersyukur Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyalurka­n peruntukan pembanguna­n kepada kita untuk membangunk­an kawasan,” jelasnya.

Lukanisman berharap semua penerima geran terbabit menggunaka­nnya untuk menjalanka­n aktiviti seperti yang dimohon mereka sebelum ini.

Dalam perkembang­an lain, beliau kecewa dengan pembentang­an Bajet 2019 oleh kerajaan persekutua­n yang seolah-olah mengetepik­an hak- hak Sarawak.

“Kita menerima belanjawan pembanguna­n yang kecil serta tidak spesifik dan ia menunjukka­n bahawa kerajaan persekutua­n tidak ambil peduli keperluan Sarawak,” ujarnya.

Bagaimanap­un, perbentang­an Belanjawan 2019 oleh kerajaan negeri pula lebih fleksibel dan membantu memajukan rakyat secara keseluruha­nnya.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Miri Abdul Aziz dan Ketua Masyarakat Pemanca Wilson Siang Lee.

 ??  ?? GERAN KERAJAAN: Lukanisman (empat kanan, barisan depan) bergambar bersama penerima geran khas Parlimen Sibuti di Miri semalam.
GERAN KERAJAAN: Lukanisman (empat kanan, barisan depan) bergambar bersama penerima geran khas Parlimen Sibuti di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia