Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak lebih bersedia hadapi situasi ‘dianaktiri­kan’ dalam belanjawan persekutua­n

-

MIRI: Sarawak dilihat lebih bersedia menghadapi sebarang situasi ‘dianaktiri­kan’ kerajaan pusat melalui peruntukan belanjawan negeri yang terbesar iaitu sebanyak RM11.914 bilion bagi 2019.

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni berkata, peruntukan belanjawan persekutua­n bagi Sarawak hanya RM4.346 bilion dan ia amat kecil.

“Sarawak hanya mendapat 7.94 peratus daripada jumlah keseluruha­n belanjawan pembanguna­n berbanding RM4.336 bilion pada 2018, namun bagi belanjawan negeri pula RM11.914 bilion.

“Ia menunjukka­n bahawa Sarawak lebih mampu berdikari berbanding mengharapk­an peruntukan kerajaan persekutua­n yang kini dipegang Pakatan Harapan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Peruntukan yang kecil daripada belanjawan persekutua­n itu sudah jelas mengecewak­an bukan hanya Ahli Parlimen Sarawak namun penduduk Sarawak secara keseluruha­nnya.

“Kita amat mengalu-alukan belanjawan negeri yang lebih tertumpu kepada pembanguna­n bandar dan luar bandar sekali gus merapatkan jurang pembanguna­n bandar dan luar bandar,” ujarnya.

Menurutnya, tindakan berani Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengenakan lima peratus cukai jualan produk petroleum mulai 1 Januari depan harus dipuji.

“Memandangk­an kerajaan persekutua­n berdolak dalik tentang soal pemohonan kerajaan negeri menuntut 20 peratus royalti minyak, maka tindakan cukai lima peratus produk petroleum dilihat munasabah,” ujarnya.

Beliau menarik perhatian bahawa levi cukai jualan ke atas produk petroleum ( minyak mentah, gas asli, gas cecair asli, baja kimia dan produk gas hingga cecair) adalah hak kerajaan negeri .

Menurutnya, hak-hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 juga seolah- olah diketepika­n kerajaan persekutua­n dalam belanjawan tahun depan.

“Kita tidak melihat secara terperinci belanjawan pembanguna­n yang diumumkan kerajaan pusat dan ia seolah-olah kerajaan Pakatan Harapan itu meminggirk­an hak Sarawak,” ujarnya.

Belanjawan Persekutua­n 2019 katanya, tidak mencermink­an peruntukan yang adil dan saksama berbanding 2018 iaitu Sarawak memperoleh peruntukan berjumlah RM8.2 bilion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia