Utusan Borneo (Sarawak)

Ia bertujuan mengurangk­an populasi buaya yang kian meningkat dan menangani konflik antara manusia dan buaya

- Oleh Rosemaria Buma

MIRI: Sebanyak 60 lesen untuk memburu buaya katak dan 30 lesen untuk menjual reptilia itu telah dikeluarka­n oleh Jabatan Hutan Sarawak dari tempoh Januari tahun ini sehingga kelmarin.

Timbalan Residen Bahagian Miri, Nyurak Keti berkata, pemburuan dan perdaganga­n berlesen buaya ini diluluskan oleh kerajaan bertujuan untuk mengurangk­an populasi buaya yang semakin meningkat dan mengurangk­an konflik antara manusia dan buaya.

P a d a m a s a s a m a katanya, ia juga diharap dapat memberikan sumber perdapatan kepada masyarakat setempat di kawasan-kawasan perairan yang padat dengan buaya khasnya spesies buaya katak.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pendidikan dan Kesedaran Tentang Buaya Sarawak mewakili Residen Miri, Sherrina Hussaini.

Hadir sama Pegawai Hutan Bahagian Miri Alexander Anthony Banyan mewakili Pengarah Hutan Sarawak dan Pegawai Hidupan Liar Dayang Nuriza Abang Abdillah merangkap koordinato­r program.

Dalam pada itu menurut Nyurak, buaya memang telah wujud di sungai-sungai di Sarawak sejak dahulu kala lagi tetapi bilangan buaya katak meningkat dengan banyaknya sejak kebelakang­an ini menyebabka­n konflik antara manusia dan buaya juga meningkat di negeri ini.

“Pada tahun 2017, sebanyak 12 kes serangan buaya telah dilaporkan berlaku di Sarawak termasuk dua kes di Marudi, manakala sepanjang tempoh Januari tahun ini sehingga semalam (kelmarin), terdapat empat kes serangan buaya telah dilaporkan dan satu daripadany­a berlaku di Sungai Bakong, Marudi.

“Perkara i ni perlu diambil perhatian dengan serius kerana kebanyakan penduduk di bahagian Miri masih bergantung hidup kepada sungai untuk bekalan air, sumber makanan dan pengangkut­an,” ujar beliau.

Sehubungan itu beliau berharap, dengan adanya penganjura­n program seperti ini ia dapat memberi lebih pengetahua­n tentang buaya kepada masyarakat terutama mereka yang masih bergantung kepada sungai sebagai pengangkut­an utama.

Berucap pada majlis sama Alexander berkata, objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk memberi lebih pemahaman kepada masyarakat tentang status buaya dari segi perundanga­n dan ekologi (cara hidup) buaya

Perkara ini perlu diambil perhatian dengan serius kerana kebanyakan penduduk di bahagian Miri masih bergantung hidup kepada sungai untuk bekalan air, sumber makanan dan pengangkut­an. Nyurak Keti Timbalan Residen Bahagian Miri

agar konflik antara manusia ( mereka yang bergantung hidup kepada sungai) dan buaya dapat dikurangka­n.

Menurut beliau, kedua-dua spesies buaya yang terdapat di Sarawak iaitu buaya katak dan buaya jenjulong merupakan hidupan liar terlindung di bawah Ordinan Perlindung­an Hidupan Liar 1998 dan disenaraik­an di bawah Appendiks 11 CITES untuk Malaysia pada peringkat antarabang­sa.

“Justeru, buaya katak di Sarawak boleh ditangkap atau diburu untuk tujuan perdaganga­n di peringkat domestik atau antarabang­sa dengan syarat mempunyai lesen dari Kontroler Hidupan Liar Sarawak dan permit CITES.

“Kelulusan pemburuan untuk tujuan perdaganga­n ini hanya terpakai untuk Sarawak,” tegas beliau lanjut.

Dalam pada itu, seramai 73 peserta terdiri daripada tuai rumah, ketua masyarakat, ketua jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan telah mengambil bahagian dalam program anjuran Jabatan Hutan Sarawak itu.

Program i tu telah dikendalik­an tiga penceramah daripada Jabatan Hutan iaitu Dayang Nuriza, Nur Afiza Umar dan Wilma Manchu.

 ??  ??
 ??  ?? TERIMA KASIH: Alexander (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Nyurak sambil disaksikan Dayang Nuriza.
TERIMA KASIH: Alexander (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Nyurak sambil disaksikan Dayang Nuriza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia