Utusan Borneo (Sarawak)

STB perkenal logo Tahun Melawat Sarawak 2019 di London

-

KUCHING: Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) memperkena­lkan logo Tahun Melawat Sarawak 2019 pada satu acara industri di London, United Kingdom (UK) pada 6 November lalu.

Logo Tahun Melawat Sarawak 2019 itu akan menjadi lambang utama bagi Kempen Melawat Sarawak yang akan bermula secara rasmi pada Januari tahun depan.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kempen tersebut dijangka akan menempatka­n Sarawak dalam peta pelanconga­n sebagai salah satu destinasi pelanconga­n di Asia Tenggara.

“Slogan ‘More to Discover’ menggarisk­an strategi STB untuk meletakkan negeri ini sebagai platform pelbagai jenis budaya, pengembara­an, alam semula jadi, makanan dan perayaan (CANFF) yang tidak dijumpai di mana-mana tempat lain di dunia.

“Tahun lalu, kita menerima lebih 33,399 pelancong dari Britain berbanding 31,274 pada 2016 iaitu peningkata­n 6.79 peratus yang merupakan petunjuk baik untuk menarik minat para pelancong dari pasaran UK,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Sehingga Julai tahun ini katanya, Sarawak menerima ketibaan 19,784 pelancong dari UK dan berharap dapat mencapai pertumbuha­n 10 peratus pada tahun ini.

Beliau memberitah­u, pakej tujuh hari Kuching bergabung dengan Mulu adalah pakej yang digemari oleh pelancong UK dengan Wilayah Tengah menjadi tarikan yang semakin meningkat.

“Kita akan berusaha untuk meningkatk­an kedatangan pelancong dari UK pada masa akan datang sekali gus melanjutka­n tempoh penginapan mereka untuk sekurang-kurangnya 10 hari di Sarawak.

“Pelancong Britain boleh menantikan lebih banyak pakej baharu dengan tawaran harga kompetitif yang memberi tumpuan kepada budaya, penggembar­aan, alam semula jadi, makanan dan perayaan,” tambahnya.

Sarawak mencatatka­n jumlah perbelanja­an sebanyak RM8.59 bilion daripada pelanconga­n pada 2017 yang mewakili 7.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ketibaan pelancong antarabang­sa ke Sarawak mencatatka­n seramai 2.6 juta orang tahun lalu.

Beberapa pasaran utama untuk Tahun Melawat Sarawak ialah UK, Jerman, China, Australia dan negaranega­ra ASEAN.

Negara- negara ASEAN adalah sumber utama pelawat yang menyumbang 48.98 peratus atau 2.38 juta ketibaan pada 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif STB yang baharu dilantik, Sharzede Datu Salleh Askor berkata, “Digital akan menjadi sebahagian besar daripada kempen kita.

“Selain mewujudkan kandungan dalam platform digital untuk mendekati pasaran, kita juga sedang membangunk­an aplikasi mudah alih yang akan memacu proses penemuan untuk semua pengunjung kita.”

Logo baharu STB melambangk­an ‘Sarawak’ dengan slogan ‘More to Discover’ bagi mewakili aspirasi kempen.

 ??  ?? JOM KE SARAWAK: Sharzede (tengah) melancarka­n Kempen Melawat Sarawak bersama Ahli Lembaga Pengarah STB Mohammad Ibrahim Nordin (empat kiri), Pengurus Pemasaran UK dan Eropah Malaysia Airlines Richard De Villa (tiga kanan) dan Rosmarie Wong dari The Ranee Boutique (tiga kiri). Malaysia Airlines menaja tiket pergi balik untuk hadiah utama cabutan bertuah pada malam pelancaran.
JOM KE SARAWAK: Sharzede (tengah) melancarka­n Kempen Melawat Sarawak bersama Ahli Lembaga Pengarah STB Mohammad Ibrahim Nordin (empat kiri), Pengurus Pemasaran UK dan Eropah Malaysia Airlines Richard De Villa (tiga kanan) dan Rosmarie Wong dari The Ranee Boutique (tiga kiri). Malaysia Airlines menaja tiket pergi balik untuk hadiah utama cabutan bertuah pada malam pelancaran.
 ??  ?? ZIARAH KASIH: Saniah (tengah), Noor Hazarita (kiri) serta yang lain berbual mesra dengan Osni (duduk kanan).
ZIARAH KASIH: Saniah (tengah), Noor Hazarita (kiri) serta yang lain berbual mesra dengan Osni (duduk kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia