Utusan Borneo (Sarawak)

Negara amat memerlukan golongan cerdik pandai

-

SRI AMAN: Seramai 30 kanak-kanak Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS) Sri Aman dari empat kelas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman dekat sini pagi semalam.

Empat kelas tabika yang terlibat dengan lawatan berkenaan ialah Tabika KEMAS Taman Sentosa Indah, Kampung Siga, San Demam dan Entulang.

Guru pengiring Johana Lagan berkata, lawatan turut melibatkan empat guru pengiring, empat pembantu guru serta 30 ibu bapa kepada kanak-kanak yang terlibat.

Menurutnya, antara lain tujuan utama lawatan ini adalah sebagai pendedahan awal kepada masyarakat luar sebagai persediaan awal untuk melangkah ke alam persekolah­an sebenar pada tahun hadapan.

Selain itu beliau menjelaska­n, lawatan ini juga sebagai pendedahan tentang kerjaya sebagai anggota bomba yang semakin diminati sejak akhir-akhir ini.

Semasa lawatan tersebut, kanak-kanak turut diberikan penerangan tentang fungsi jabatan ini serta mencuba menggunaka­n peralatan bomba seperti melihat jentera bomba dengan lebih dekat serta menyertai demonstras­i memadam api yang disampaika­n Pegawai Kanan Bomba II Jilin Itar.

Turut serta dalam lawatan ialah guru pengiring Amelia Easther Jalin dari Tabika KEMAS Kampung Siga, Hamidah Assan dari Tabika KEMAS San Demam dan Winner Abdul Rahman dari Tabika KEMAS Entulang. KABONG: Negara amat memerlukan golongan cerdik pandai untuk meneruskan kesinambun­gan pembanguna­n dan merealisas­ikan wawasan negara, demikian menurut Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sarawak Langi Liban.

Oleh yang demikian, p e n d i d i k a n p e r l u dititikber­atkan di setiap peringkat agar generasi yang dilahirkan dari institusii­nstitusi pendidikan negara berkualiti tinggi dan mampu bersaing dalam dunia yang semakin mencabar.

“Bagi mempersiap­kan diri menjelang tahun 2020, anakanak kita perlulah diberikan pendidikan yang sempurna.

“Jika tidak, kita akan terus ketinggala­n kerana pendidikan­lah yang mampu merubah nasib bangsa kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlan­gan KanakKanak Tabika dan Taska KEMAS Zon Kabong di Dewan masyarakat Kabomg dekat sini semalam.

Beliau berkata, fokus terhadap pendidikan generasi muda tidak boleh berganjak daripada sasaran untuk melahirkan sekurang- kurangnya anak anak cemerlang samaada diperingka­t Tabika, UPSR, PT3, SPM, STPM mahupun diploma, ijazah mahupun master.

“Jika kita tidak menghantar anak-anak kesekolah untuk menimba ilmu pengetahua­n, bagaimanak­ah sasaran itu mampu dicapai?” ujarnya.

“Cabaran yang berada di hadapan kita begitu besar jika anak-anak tidak dibekalkan dengan ilmu yang bakal menjadi aset penting untuk kehidupan di kemudian hari,” tegasnya lanjut.

Sementara itu, beliau turut mengingatk­an ibu bapa agar sentiasa mengambil berat berkenaan dengan pergerakka­n anak- anak mereka selepas sahaja selesai waktu persekolah­an dan sentiasa memastikan anakanak mereka melakukan aktiviti yang berfaedah.

“Sebagai ibu bapa anda tidak seharusnya meletakkan tanggungja­wab menjaga anakanak kita kepada pihak guru semata-mata sebaliknya kita perlulah memainkan peranan yang sama,” ujarnya.

Justeru itu, dalam hal ini ibu bapa perlu mengambil berat berkenaan dengan aspek ini, oleh kerana apa yang kita semua ketahui bahawa anakanak kita ini nanti adalah bakal menjadi kepada pewaris masa depan negara.

“Mereka inilah yang bakal menjadi pemimpin kepada pembanguna­n negara kita ini, justeru itu, kita sebagai ibu bapa seharusnya memastikan mereka ini nanti menjadi orang yang paling berguna buat negara ini,” tegasnya lanjut.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Pegawai KEMAS Bahagian Betong Peggy Ann Iba Matu, Pegawai KEMAS Daerah Saratok Muhammad Iqbal Abdullah serta yang lain.

Dalam pada itu, kira kira 250 kanak-kanak Tabika dan Taska KEMAS Zon Kabong menerima sijil dan hadiah pada majlis berkenaan.

 ??  ?? BERMANFAAT: Rombongan Tabika KEMAS Sri Aman bersama Jilin (berdiri tengah, barisan belakang) semasa lawatan tersebut.
BERMANFAAT: Rombongan Tabika KEMAS Sri Aman bersama Jilin (berdiri tengah, barisan belakang) semasa lawatan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia