Utusan Borneo (Sarawak)

Luar bandar khasnya masih belum ada kemudahan mencukupi: TPM

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Kejayaan Pakatan Harapan ( PH) yang mengambil alih kerajaan pada pilihan raya umum lalu merupakan peluang terbaik untuk membawa Sarawak ke peringkat yang lebih tinggi dalam arus pembanguna­n.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, walaupun Sarawak sudah lama di bawah parti pemerintah terdahulu namun pembanguna­n negeri Sarawak kelihatan masih terkebelak­ang.

Katanya, kebanyakan penduduk khususnya di kawasan luar bandar negeri ini masih tidak mempunyai infrastruk­tur serta kemudahan asas yang mencukupi.

“Justeru kerajaan PH di peringkat persekutua­n komited mahu Sarawak dimajukan setara Semenanjun­g.

“Inilah apa yang kami janjikan. Kami mahukan perubahan dan keadilan untuk semua,” katanya pada majlis makan malam bersama rakyat di sebuah hotel terkemuka di sini kelmarin.

Lawatan tersebut merupakan yang pertama kali sejak beliau sejak dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh, Ahli Parlimen (MP) Julau Larry Sng, MP Miri Dr Michael Teo, MP Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan MP Lubok Antu Jugah Muyang.

Katanya, Sarawak merupakan sebuah negeri yang luas serta kaya dengan pelbagai sumber asli yang boleh diterokai untuk dimanfaatk­an serta digunakan menyuntik pembanguna­n lebih baik.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjelaska­n adalah penting untuk kerajaan membantu memajukan negeri ini dengan menyediaka­n infrastruk­tur yang mencukupi termasuk penyediaan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik.

Selain itu, beliau turut memberitah­u bahawa kementeria­nnya akan bekerjasam­a dengan pegawai

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri

di Jabatan Perdana Menteri untuk mengatasi segala kelemahan dalam pemberian bantuan yang layak di negeri ini, termasuk menyediaka­n peruntukan.

Bercakap lanjut, Dr Wan Azizah mengingatk­an supaya anggota parti yang menang dalam pemilihan parti terus bekerjasam­a untuk mengukuhka­n kepimpinan parti.

Katanya, setiap pihak perlu bekerjasam­a selain tidak membelakan­gkan mereka yang telah berjuang membawa parti ke tahap ini.

 ??  ?? KOMITED: Dr Wan Azizah beramah mesra dengan tetamu kehormat yang hadir pada majlis berkenaan.
KOMITED: Dr Wan Azizah beramah mesra dengan tetamu kehormat yang hadir pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia