Utusan Borneo (Sarawak)

Beberapa persatuan di Miri gembira kerajaan Sarawak akan meneruskan agenda pembanguna­n rakyat

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Persatuan Bisaya Sarawak amat mengalu-alukan belanjawan pembanguna­n yang diumumkan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dengan jaminan akan memberi sokongan padu kepada kerajaan Gagasan Parti Sarawak (GPS).

Presidenny­a Antonio Kathi Galis berkata, ia merupakan belanjawan yang sangat besar bagi rakyat Sarawak terutamany­a masyarakat luar bandar yang masih memerlukan bantuan lanjut untuk kesinambun­gan pembanguna­n, khususnya kemudahan asas.

“Belanjawan ini bukan sahaja membantu banyak masyarakat luar bandar tetapi sangatdipe­rlukanoleh­kumpulan berpendapa­tan rendah,” kata Antonio kepada Utusan Borneo ketika dihubungi dari sini, semalam bagi mengulas mengenai belanjawan besar yang diumumkan oleh Abang Johari pada persidanga­n hari pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin, lalu.

Menurut Antonio, belanjawan besar yang diumumkan oleh Abang Johari termasuk untuk membangunk­an kemudahan asas seperti jalan, elektrik, air dan lain- lain dengan memberi fokus kepada usaha membantu dan membaik pulih sekolah-sekolah, terutamany­a kawasan luar bandar yang kebanyakan sudah usang dan daif serta tidak diurus dengan baik oleh Kerajaan Persekutua­n.

Dengan belanjawan besar yang diumumkan, ia boleh digunakan untuk membangunk­an tiga kemudahan asas penting bagi rakyat iaitu jalan, elektrik dan air dan pada mas ayang sama membantu meningkatk­an keyakinan rakyat dan menaikkan keadaan hidup masyarakat menerusi agenda pembanguna­n Sarawak.

Antonio yang juga Presiden Persekutua­n Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM) berkata insentif khas untuk bayi baru lahir yang berjumlah RM1,000 bermula tahun depan adalah langkah yang baik untuk pelaburan untuk generasi muda dalam pendidikan mereka, belanjawan untuk rumah bagi golongan miskin, dengan memberikan bantuan sewajarnya, ke arah usaha kerajaan membasmika­n kemiskinan tegar dalam masyarakat.

Bekas ahli Majlis Tertinggi PBB Yusop Abusamah pula menyifatka­n pengumuman Ketua Menteri itu adalah keputusan berani untuk rakyat Sarawak.

Katanya, beliau dan ahliahli PBB di sini, pastinya sebulat suara menyokong Abang Johari demi menjaga kepentinga­n rakyat walaupun Kerajaan Persekutua­n kelihatan seperti ‘memperbodo­hkan’ Sarawak semasa pembentang­an belanjawan Kerajaan Persekutua­n oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, baru-baru ini.

“Kami tetap menyokong keputusan Ketua Menteri dalam memberi peruntukan yang lebih besar kepada Sarawak, agar ia terus memacu pembanguna­n negara dan rakyat,” katanya lagi.

Pada masa yang sama, Yusop berkata, perlu ada sebuah badan untuk mengawasi projek, perbelanja­an dan peruntukan berkenaan, agar tidak disalahgun­akan oleh pihak tertentu demi kepentinga­n mereka.

“Kerajaan Sarawak mesti menubuhkan sebuah badan untuk mengawasi peruntukan ini supaya ia tidak disalahgun­akan atau diambil kesempatan oleh pihak tertentu dalam melaksanak­an projekproj­ek yang diamanahka­n oleh kerajaan,” katanya lagi, semasa mengulas mengenai RM11 bilion peruntukan bagi Sarawak.

Beliau menekankan perkara ini memperliha­tkan keikhlasan kerajaan GPS untuk rakyatnya, justeru rakyat negeri ini mesti menyokong Kerajaan Negeri sedia ada dan dasar serta agenda pembanguna­nnya.

Beliau mendedahka­n, Abang Johari memfokuska­n lebih banyak peruntukan demi pembanguna­n infrastruk­tur seperti air, elektrik dan jalan raya yang lebih baik untuk memajukan negeri ini.

Turut berkongsi pandangan yang sama ialah presiden Persatuan Masyarakat Saban Miri Usat Bilong yang memberitah­u masyarakat Saban berpuas hati dan yakin dengan belanjawan 2019 yang diumumkan oleh Ketua Menteri yang dilihat mampu merangsang­kan lagi pertumbuha­n Sarawak.

“Kami yakin di bawah GPS, terbukti mengotakan janji dan kata-kata, bukan seperti seperti kerajaan Pakatan Harapan (PH), yang lebih banyak bercakap berbanding menunaikan janji-janji mereka,” katanya.

Mengenai insentif untuk bayi yang dilahirkan pada tahun 2019, beliau berkata, ia adalah pelaburan yang baik untuk pasangan yang baharu berkahwin kerana anak-anak mereka mempunyai simpanan dan wang yang selamat untuk anak- anak mereka meneruskan pendidikan pada depan.

Beliau mengulas di kawasan luar bandar, sesetengah orang tidak dapat membayar yuran pengajian mereka kelak, buku dan keperluan pendidikan lain, tetapi dengan adanya insentif seperti itu, ia sangat membantu rakyat.

Malah kini menurut Usat, projek-projek seperti jalan raya di bawah pentadbira­n Kerajaan Negeri dapat dilihat pelaksanaa­nnya.

Beliau berkata, di bawah Lembaga Pembanguna­n Tanah Tinggi (HDA), konstituen­si Telang Usan dan Mulu akan dapat melihat perkembang­an pembanguna­n lebih rancak dalam tempoh satu dan dua tahun akan datang.

Presiden Persatuan India Miri Kaunselor Karambir Singh berkata, penekanan ketua menteri dengan memperuntu­kan RM9.073 bilion (76 peratus) untuk pembanguna­n negeri disifatkan satu belanjawan yang amat berani untuk Sarawak.

Beliau mendedahka­n penekanan terhadap ekonomi digital juga penting kerana ia akan memberi manfaat kepada semua rakyat dan membolehka­n ekonomi Sarawak

Antonio Kathi Galis Presiden Persatuan Bisaya Sarawak

berkembang dengan lebih pantas.

Karambir yang juga timbalan presiden Persatuan India Sarawak berpendapa­t, kemasukan peruntukan perumahan murah juga menunjukka­n keprihatin­an Ketua Menteri dan kerajaan negeri terhadap golongan miskin.

“Secara amnya, saya yakin rakyat Sarawak gembira kerana Ketua Menteri dan pasukannya telah menunjukka­n mereka dapat menguruska­n ekonomi dan pembanguna­n Sarawak dengan lebih baik.

“Sekarang niat yang baik diterjemah­kan ke dalam tindakan yang memberi faedah untuk orang-orang Sarawak,” katanya lagi.

Beliau turut menegaskan betapa ia kini amat jelas kepada Sarawak supaya ia perlu menguasai sumber minyak dan gasnya sendiri dan mempunyai kebebasan mentadbir ekonomi untuk memastikan rakyat Sarawak mendapat penjagaan yang terbaik sama ada dalam aspek kesihatan, pendidikan mahupun infrastruk­tur.

 ??  ?? PERJELAS: Lo semasa sidang media di DUN, semalam.
PERJELAS: Lo semasa sidang media di DUN, semalam.
 ??  ?? ANTONIO
ANTONIO
 ??  ?? YUSOP
YUSOP
 ??  ?? USAT
USAT
 ??  ?? KARAMBIR
KARAMBIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia