Utusan Borneo (Sarawak)

SIP perlu kemudahan perumahan, kata Majang

-

KUCHING: Kawasan Taman Perindustr­ian Samalaju (SIP) memerlukan keperluan tempat tinggal seperti projek perumahan mampu milik, perumahan mesra rakyat, kos rendah dan kos sederhana.

Majang Renggi (PRS-Samalaju) berkata, pelaksanaa­n itu bagi memenuhi keperluan tempat tinggal selaras dengan pertambaha­n penduduk yang begitu pantas, kesan daripada pembanguna­n industri pesat di kawasan itu.

“Walaupun SIP telah dan bakal menempatka­n beberapa syarikat dari dalam dan luar negara, akan tetapi tiada sebarang penyediaan perumahan rakyat telah dilaksanak­an di kawasan ini.

“Apa yang ada hanyalah beberapa buah blok apartmen telah dibina oleh pihak swasta di mana unitnya yang terhad tidak dapat menampung lambakan permintaan dan keperluan yang tinggi,” katanya dalam ucapan per- bahasan Belanjawan 2019 pada persidanga­n DUN di sini, semalam.

Majang berkata, keadaan itu amat menyulitka­n dan menyebabka­n para pekerja berasa terbeban dan tertekan kerana terpaksa berulangal­ik setiap hari dari Bintulu ke SIP yang sejauh 110 kilometer.

Tambah beliau, faktor jarak dan masa sudah pasti menjadi kekangan dan mendatangk­an banyak masalah kepada para pekerja.

“Justeru saya menyeru kepada kementeria­n berkenaan supaya projek perumahan mampu milik, perumahan mesra rakyat, kos rendah dan kos sederhana dilaksanak­an di SIP,” katanya.

Selain itu, beliau memberitah­u selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan SIP sebagai pusat industri termaju dan termoden di rantau ini menerusi Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE), ia harus diberi perhatian khusus penyediaan tenaga kerja dari aspek pendidikan dalam bentuk latihan kemahiran serta teknikal.

“Tenaga kerja mahir dan separuh mahir ini perlu seir- ing dengan pertumbuha­n dan keperluan tenaga kerja dalam sektor perindustr­ian yang terdapat di sini.

“Dengan itu saya menyeru agar pihak kerajaan dapat memberikan keutamaan dalam menyediaka­n kemudahan prasarana dan kelengkapa­n berkaitan bidang kemahiran dan teknikal di setiap institusi pendidikan di negeri ini,” katanya.

Majang memberitah­u ia diharap dengan pelaksanaa­n keutamaan itu dapat meningkatk­an graduan berkemahir­an yang berkualiti dan berdaya saing.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia