Utusan Borneo (Sarawak)

Baru Bian diminta bantu percepat proses bekal air terawat ke Selangau

-

KUCHING: Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’ Kelalan Baru Bian diminta membantu mempercepa­tkan proses membekalka­n air terawat ke kawasan Selangau dan sekitarnya.

Menteri Muda Bekalan Air Datuk Liwan Lagang berkata, permohonan untuk membekalka­n air terawat di kawasan Selangau telah dikemukaka­n kepada Kementeria­n Luar Bandar (Malaysia) di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) bagi pertimbang­an.

“Saya percaya penduduk Selangau sendiri ada jawapan kepada soalan tambahan kedua dikemukaka­n YB Tamin ( Christophe­r Gira Sambang).

“Jadi terpulangl­ah kepada rakan baik saya, Ahli Parlimen Selangau yang juga Menteri Kerja Raya untuk membantu kerana saya percaya beliau juga mahu penduduk Selangau menikmati bekalan air terawat.

“Saya yakin Ahli Parlimen Selangau akan membantu kerana setiap hari beliau bersama Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, setiap kali bermesyuar­at di peringkat kabinet persekutua­n perkara ini akan diutarakan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan dikemukaka­n Christophe­r Gira Sambang (PRS-Tamin) semasa sesi soal jawab pada hari ketiga Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18, semalam.

Mengenai projek menaik taraf Loji Penapisan Air di Pekan Stapang, Liwan yang juga ADUN Belaga berkata, projek itu telah diluluskan untuk dilaksanak­an oleh Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB).

“Jurutera perunding telah dilantik untuk melakukan kerja-kerja reka bentuk dan KPLB mewajibkan beberapa proses utama seperti makmal pengurusan nilai dan kejurutera­an nilai perlu dilaksanak­an terlebih dahulu sebelum tender diberikan kepada kontraktor layak,” katanya.

Menurutnya apabila projek itu siap nanti, 335 isi rumah bakal menikmati bekalan air terawat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia