Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin PH Sarawak dicabar kembalikan autonomi dalam pendidikan, kesihatan

-

KUCHING: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Sarawak dicabar untuk mengembali­kan autonomi sepenuhnya kepada negeri ini dalam pendidikan dan kesihatan.

Lo Khere Chiang (SUPPBatu Kitang) berkata, ia bagi membuktika­n sokongan mereka bahawa Sarawak boleh memutuskan dasar pendidikan serta kesihatann­ya sendiri.

“Ahli Parlimen Stampin kembalikan autonomi penuh mengenai pendidikan dan kesihatan kepada Sarawak, biar negeri memutuskan dasar pendidikan dan kesihatann­ya sendiri.

“Hentikan mainan anda mengenai tindakan 20 peratus royalti minyak dan gas, hanya kembalikan apa sahaja yang dipersetuj­ui Pakatan Harapan ( PH) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaik­an ucapan perbahasan Belanjawan Sarawak 2019 pada persidanga­n DUN, semalam.

Tambah Lo, sejak PH mengambil alih pentadbira­n banyak projek telah dibatalkan.

Beliau berkata, ia termasuk di konstituen­sinya Batu Kitang di mana projek menaik taraf Pusat Komuniti Haji Baki dan pusat penjaja di Batu Kitang dengan kos RM2 juta tidak diteruskan.

“Projek- projek tebatan banjir di Sarawak berjumlah puluhan juta telah dibatalkan di mana Ahli Parlimen Santubong baru-baru ini menyatakan sebanyak RM250 juta projek tebatan banjir di Sarawak telah dibatalkan kerajaan persekutua­n.

“Saya sangat kecewa bahawa setiap hari kerajaan persekutua­n mengambil minyak dan gas Sarawak bernilai RM250 juta,” katanya.

Lo juga berharap kerajaan persekutua­n baharu menyediaka­n hospital dan kemudahan perubatan selain sekolah dan rumah lebih baik termasuk Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia