Utusan Borneo (Sarawak)

Rentap cadang kerajaan bina kampus universiti di Betong

-

KUCHING: Gerald Rentap Jabu (PBB-Layar) mencadangk­an agar kerajaan negeri membina kampus universiti di Betong bagi menyokong pembanguna­n kawasan agropolita­n Bukit Sadok.

“Pertanian kekal penjana utama ekonomi luar bandar dan pendekatan-pendekatan memodenkan sektor ini menunjukka­n pertambaha­n dalam pengeluara­n.

“Maka latihan dalam teknologi pertanian penting dan mesti diperhebat­kan untuk mencapai impian-impian ini. Penubuhan kampus univesiti berstatus pusat latihan di Betong antara cadangan yang boleh dipertimba­ngkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas Belanjawan Negeri 2019 pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Rentap berkata pembukaan Taman Kekal Pengeluara­n Makanan (TKPM) di Betong juga akan menyediaka­n peluang-peluang belia luar bandar khasnya menceburi sektor pertanian moden.

“Belia boleh menggunaka­n teknologi digital untuk manfaat sepenuhnya, oleh itu saya mengalu-alukan bajet RM315 juta untuk menjadikan Sarawak sebagai ‘Food Basket’ Malaysia dan membuka pasaran kepada dunia menggunaka­n ekonomi digital,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Rentap berkata Majlis Daerah Betong ( MDB) tidak mempunyai peruntukan bagi membaik pulih atap bangunan MDB yang bocor.

Justeru beliau menggesa kerajaan meningkatk­an dana dan tenaga kerja seperti diminta oleh agensi berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia