Utusan Borneo (Sarawak)

Sindiket aktif sejak setahun lalu, mempunyai 20,000 pemain berdaftar

-

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur melumpuhka­n kegiatan judi dalam talian dengan wang pertaruhan mencecah RM3.36 juta sebulan setelah menahan lima lelaki tempatan di sebuah apartmen di Jalan Klang Lama, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata hasil siasatan awal mendapati sindiket itu aktif sejak setahun lalu dan mempunyai 20,000 pemain berdaftar.

Katanya, kesemua suspek yang berusia lingkungan 22 hingga 28 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Unit IT Bukit Aman pada jam 3.45 petang Jumaat lepas.

“Suspek-suspek itu disyaki berkhidmat sebagai ‘ customer service’, penjaga atau pengurus di premis berkenaan yang dijadikan sebagai pusat panggilan kepada pemain judi tempatan dan luar negara.

“Sindiket berkenaan giat mempromosi­kan perkhidmat­an mereka melalui aplikasi WhatApps, WeChat dan SMS (khidmat pesanan ringkas) dengan menggunaka­n ‘GSM SMS Blasting Machine’,” katanya pada sidang media di IPK Kuala Lumpur di sini, semalam.

“Wang pertaruhan sehari dianggarka­n RM120,000... semua transaksi dilakukan menggunaka­n akaun tempatan dan luar negara,” katanya sambil menambah polis sedang mengesan ketua sindiket judi dalam talian itu.

Mazlan berkata, polis turut merampas 14 set komputer, 40 keping sim kad, sebuah GSM SMS Blasting Machine, 42 telefon bimbit dan lima komputer riba.

Kesemua suspek telah direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) (c) Akta Pertaruhan 1953, katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata polis telah memanggil lapan individu termasuk anggota Dewan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantu siasatan kes seorang remaja lelaki cedera terkena tayar basikal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia Blok 41, di sini,pada Jumaat lepas.

Media sebelum ini melaporkan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun nyaris maut selepas terkena tayar basikal yang dibuang dari tingkat atas flat dan terpaksa menerima 15 jahitan di kepala selain luka pada bahagian siku. — Bernama

Sindiket berkenaan giat mempromosi­kan perkhidmat­an mereka melalui aplikasi WhatApps, WeChat dan SMS (khidmat pesanan ringkas) dengan menggunaka­n ‘GSM SMS Blasting Machine’. Datuk Seri Mazlan Lazim Ketua Polis Kuala Lumpur

 ?? — Gambar Bernama ?? LUPUS: Mohd Khalil dan ACP Lukas (kiri) menunjukka­n pelbagai jenis dadah yang dirampas bagi tempoh 2009 sehingga 2016 untuk dilupuskan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Johor Bahru semalam.
— Gambar Bernama LUPUS: Mohd Khalil dan ACP Lukas (kiri) menunjukka­n pelbagai jenis dadah yang dirampas bagi tempoh 2009 sehingga 2016 untuk dilupuskan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Johor Bahru semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia