Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan aktif curi motosikal tumpas

-

BAGAN SERAI: Kumpulan Lutong yang aktif menjalanka­n kegiatan mencuri motosikal di daerah Kerian sejak awal tahun ini tumpas dengan tertangkap­nya semua anggota kumpulan itu, kata Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob.

Beliau berkata, semua lapan anggota kumpulan itu berumur 16 tahun dan seorang ketuanya yang berumur 20 tahun dikenali sebagai Lutong diberkas di beberapa lokasi dalam Ops Lejang di sini, 26 Oktober lepas.

Katanya lima daripada anggota kumpulan itu ialah pelajar sekolah, manakala ketuanya bekerja di sebuah kedai emas di Pulau Pinang.

“Kumpulan itu menyasarka­n motosikal jenis Honda Ex5 serta Honda Wave dan mereka ini melakukan kegiatan itu antara jam 2 petang hingga 5 petang dan jam 10 malam hingga awal pagi,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di sini, semalam.

Menurut Omar Bakhtiar, modus operandi kumpulan itu adalah dengan mengunakan kunci yang diubah suai dan pemutar skru serta mencabut wayar suis untuk menghidupk­an enjin motosikal yang dicuri.

“Motosikal yang dicuri dileraikan di rumah ketua kumpulan di Kampung Perlis di sini yang menjadi pusat kegiatan berkenaan, manakala rangka motosikal dibuang di kawasan kelapa sawit di sekitar Bukit Merah,” katanya.

Katanya, komponen motosikal seperti enjin dan rim dijual menerusi aplikasi Wechat dan WhatsApp dengan harga antara RM150 hingga RM250 kepada pembeli di kawasan Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Omar Bakhtiar berkata, dengan tumpasnya kumpulan itu, polis percaya lapan kes curi motosikal sekitar Alor Pongsu, Bukit Merah, Bagan Serai, Semanggol, Parit Buntar dan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Semanggol selesai.

Katanya, ketua kumpulan itu mempunyai satu rekod jenayah curi, manakala lapan lagi remaja tiada rekod jenayah dan ujian air kencing mendapati mereka negatif dadah.

Katanya semua individu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana menucri kenderaan motor, yang jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara satu tahun dan tidak lebih tiga tahun serta denda. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPAS: Supt Omar (kiri) menunjukka­n motosikal dan beberapa komponen yang dirampas dari Kumpulan Lutong pada 26 Oktober lepas dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian semalam.
— Gambar Bernama TUMPAS: Supt Omar (kiri) menunjukka­n motosikal dan beberapa komponen yang dirampas dari Kumpulan Lutong pada 26 Oktober lepas dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia