Utusan Borneo (Sarawak)

Polis rampas dadah bernilai hampir setengah juta ringgit di Lembah Klang

-

SHAH ALAM: Polis dengan kerjasama agensi penguat kuasa lain merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir setengah juta ringgit menerusi lima serbuan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang dari 2 November hingga 5 November lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor Supt R. Sundraling­am berkata, kesemua serbuan itu turut melibatkan sitaan barangan bernilai RM159,000.

Beliau berkata bagi kes pertama pada 2 November, sepasukan anggota polis daripada pasukan tindakan khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman membuat serbuan ke atas sebuah kereta di kawasan tempat letak kereta di sebuah kondominiu­m di Kajang, kira-kira jam 12 tengah hari.

Katanya, hasil pemeriksaa­n di dalam kereta itu menjumpai satu butang di dalam ruangan kotak kecil tempat simpan barang di sebelah kanan stereng kereta tersebut dan apabila butang itu ditekan, bahagian tempat sandar kerusi belakang telah terbuka.

“Di bahagian itu terdapat satu beg plastik berzip mengandung­i beberapa bungkusan plastik lutsinar berisi serbuk disyaki dadah ketamine yang mempunyai anggaran berat 3,995 gram bernilai kira- kira RM199,750, dipercayai untuk pasaran tempatan.

“Sehubungan itu, polis menahan seorang lelaki berumur 40 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamata­n dan suspek direman selama seminggu bermula 2 November lepas bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya ( ADB) 1952,” katanya.

Menurut Sundraling­am, siasatan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau dalam kes jenayah dan modus operandi yang digunakan dalam kes ini adalah menyembuny­ikan dadah di dalam ruangan khas di belakang tempat duduk bahagian belakang kereta yang dijadikan sebagai ‘secret compartmen­t’.

Dalam serbuan kedua di kawasan tempat letak kereta di Puchong pada hari sama ( 2 Nov), beliau berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berumur 26 tahun yang sedang mengangkat kotak minuman dari sebuah kereta.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas suspek dan kereta itu telah menjumpai 22 buah botol berpelekat warna kuning bertulis ‘ Natsbee Honey Lemon’ mengandung­i 11 liter dadah jenis ekstasi dalam bentuk cecair dan satu peket plastik mengandung­i 0.88 gram dadah disyaki ketamine daripada poket suspek, dengan nilai keseluruha­n RM36,600, serta dipercayai untuk pasaran tempatan.

“Suspek yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau direman selama seminggu bermula 2 Nov untuk siasatan di bawah Seksyen 39B ADB dan modus operandi yang digunakan ialah memasukkan cecair ekstasi ke dalam minuman serta dijual mengikut permintaan, bukan di tempat terbuka,” katanya dan menambah sebuah kereta jenis Toyota Vios bernilai RM43,000 turut dirampas dalam serbuan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia