Utusan Borneo (Sarawak)

Pinggir kampung, ladang sawit tempat proses dadah: Polis Johor

-

JOHOR BAHRU: Sindiket pengedaran dadah di negeri ini dikesan kembali menjadikan kawasan pinggir kampung termasuk ladang kelapa sawit sebagai tempat memproses bahan terlarang itu, kata Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Beliau berkata sindiket memilih kawasan kurang penduduk bagi memastikan aktiviti tidak dapat dikesan oleh polis dan masyarakat sekeliling.

“Sekarang ini yang banyak kita (polis Johor) dapat kesan adalah di luar pinggir kampung dengan tangkapan terakhir di kawasan kelapa sawit,” katanya pada sidang media berhubung pelupusan barang kes Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ( JSJN) Johor, di sini, semalam.

Mohd Khalil berkata taktik terbabit, bagaimanap­un, tidak berhasil kerana polis menerusi risikan dan maklumat orang awam berjaya menghidu kegiatan sindiket terlibat.

Berhubung pelupusan barang kes JSJN berkenaan, beliau berkata sejumlah 66.43 kilogram dadah pelbagai jenis dan 60 liter ubat batuk bernilai RM9.8 juta dilupuskan semalam.

Katanya, kesemua dadah itu dirampas bagi tempoh 2009 dan 2016 melibatkan 131 kes.

“Antara bahan bahan terlarang yang dilupuskan adalah bahan kimia seberat 31.40 kg, methamphet­amine (4.7kg), kanabis (18.73kg), heroin ( 5.47kg), ketamin ( 3.10kg), syabu ( 2.02kg), nimetazepa­m (1.01kg) dan 60 liter ubat batuk bernilai,” katanya.

Menurut Mohd Khalil, sebanyak 2,782kg pelbagai jenis dadah, 9,020 liter cecair mengandung­i dadah dan 28.24 tan bahan kimia dilupuskan JSJN Johor pada 2016 manakala sebanyak 2,863kg pelbagai jenis dadah dilupuskan pada tahun lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia