Utusan Borneo (Sarawak)

Doktor mangsa penipuan ‘Macau Scam’

-

KUANTAN: Seorang doktor muda menjadi mangsa penipuan ‘ Macau Scam’ yang mendakwa nama beliau dikaitkan dalam jenayah pengubahan wang haram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa berusia 25 tahun itu mendakwa telah membuat transaksi wang sebanyak RM4,900 kepada suspek.

K a t a n y a , m a n g s a mendakwa dihubungi seorang lelaki kononnya dari Mahkamah Majistret Melaka pada jam 10 pagi kelmarin, semasa sedang bertugas di sebuah hospital di sini.

“Panggilan itu kemudianny­a disambung kepada lelaki lain yang memperkena­lkan diri sebagai Inspektor Azman kononnya dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.

“Suspek memberitah­u mangsa akan ditangkap kerana mempunyai tunggakan kad kredit berjumlah RM28,000 dan terlibat dengan kesalahan pengubahan wang haram,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohd Wazir menambah mangsa diminta untuk mengosongk­an akaun banknya dengan memindahka­n wang ke dalam akaun yang diberikan suspek atas tujuan penyiasata­n.

Katanya, mangsa berbuat demikian pada jam 11.10 pagi hari yang sama menerusi pemindahan wang dalam talian, namun menyedari terdapat kemungkina­n dirinya menjadi mangsa penipuan.

Sehubungan itu, mangsa tidak meneruskan transaksi lain dan terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini, kelmarin.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia