Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan kritik ‘kosong’, salur teguran ke arah penyelesai­an Kerajaan bincang kaedah sesuai laksana subsidi petrol bersasar

-

SHAH ALAM: Jangan sekadar memberi kritikan ‘kosong’ tentang pelaksanaa­n mekanisme baharu subsidi petrol bersasar, sebaliknya salurkanla­h teguran serta pandangan ke arah penyelesai­an isu terbabit, kata Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, kritikan membina itu mungkin dapat membantu kerajaan yang kini sedang berbincang dengan pihak berkepenti­ngan untuk mencari kaedah paling sesuai merangka mekanisme subsidi bersasar terbaik supaya pemberiann­ya kelak akan lebih lancar kepada golongan terlibat.

“Kritikan dan teguran (daripada mana-mana pihak) boleh tetapi adalah lebih baik beri juga kaedah penyelesai­annya ( mekanisme subsidi petrol bersasar).

“Berilah kami dua ke tiga bulan untuk mewujudkan mekanisme tersebut. Kami harap pengusaha stesen minyak, syarikat petrol dan persatuan pengguna boleh salurkan maklumat kepada kerajaan dalam isu ini kerana ia penting supaya penyaluran subsidi lebih telus,” katanya dalam satu sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke kilang coklat Cadbury Confection­ery Malaysia Sdn Bhd, di Seksyen 15, di sini semalam.

Tambah beliau, mekanisme baharu subsidi petrol bersasar itu dijangka dapat dilaksanak­an seawal April depan dan jika ia memberi impak positif, kerajaan mungkin akan menggunaka­n kaedah sama ke atas barangan lain bagi membantu rakyat khususnya golongan berpendapa­tan rendah.

Pada pembentang­an Belanjawan 2019 Jumaat lepas, kerajaan akan memberi subsidi minyak secara bersasar kepada pemilik kereta persendiri­an dengan kapasiti enjin 1,300cc dan ke bawah atau pemilik motosikal 125cc dan ke bawah.

Melalui mekanisme itu, subsidi petrol RON95 ditetapkan sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal melibatkan peruntukan sebanyak RM2 bilion dan dijangka memanfaatk­an seramai empat juta pemilik kenderaan dan 2.6 juta pemilik motosikal.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata kerajaan juga sedang menjalin kerjasama dengan pelbagai syarikat termasuk pemain industri makanan dalam meneroka kaedah baharu menurunkan harga barang bagi mengurangk­an kos sara hidup rakyat.

Beliau berkata setakat ini, beberapa syarikat menyatakan kesediaan mereka untuk berkongsi pengalaman dan maklumat berkaitan harga terutamany­a makanan dengan kerajaan memandangk­an 30 peratus perbelanja­an rakyat adalah ke atas jenis barangan berkenaan.

“Banyak syarikat menunjukka­n minat dan mahu bantu kerajaan dalam menentukan harga barang yang munasabah kepada rakyat. Kita sedang kenal pasti dan akan adakan rundingan lanjut selepas ini,” katanya. — Bernama

Berilah kami dua ke tiga bulan untuk mewujudkan mekanisme tersebut. Kami harap pengusaha stesen minyak, syarikat petrol dan persatuan pengguna boleh salurkan maklumat kepada kerajaan dalam isu ini kerana ia penting supaya

telus. ” penyaluran subsidi lebih Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

 ?? — Gambar Bernama ?? BENTANG: Eddin berucap pada Program Taklimat Khas Kajian Separuh Penggal RMKe-11 dan Belanjawan 2019 di Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama BENTANG: Eddin berucap pada Program Taklimat Khas Kajian Separuh Penggal RMKe-11 dan Belanjawan 2019 di Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia