Utusan Borneo (Sarawak)

KPLB sedia bantu golongan penoreh, pekebun kecil sawit, kata Rina Harun

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar ( KPLB) mempunyai kaedah untuk membantu meningkatk­an pendapatan pekebun kecil ketika berdepan dengan cabaran penurunan harga komoditi getah dan kelapa sawit, kata Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Mengulas laporan mengenai keluhan golongan penoreh getah dan pekebun sawit yang terbeban akibat penurunan harga dan cuaca yang tidak menentu, beliau berkata kementeria­nnya mempunyai pelbagai program keusahawan­an yang boleh disertai golongan tersebut yang berminat berbuat demikian.

Bercakap dalam taklimat media berkenaan Ekspo Inovasi dan Keusahawan­an Desa (Inotekdesa) 2018 di kementeria­nnya di sini semalam, Rina berkata beliau sedia berjumpa golongan berkenaan berhubung alternatif yang boleh ditawarkan untuk membantu walaupun golongan berkenaan tidak lagi di bawah kendalian kementeria­nnya.

“Isu berkaitan pendapatan penduduk luar bandar amat dekat dengan kita dan atas faktor itu, kementeria­n telah menyediaka­n program peningkata­n pendapatan melalui bidang keusahawan­an yang boleh diceburi mereka.

“Selain peluang perniagaan, inovasi dalam sektor kelapa sawit seperti pembuatan topi keledar serta produk biodiesel juga merupakan antara langkah awal yang akan diperkenal kementeria­n, sekali gus meningkatk­an permintaan kepala sawit,” katanya.

Rina juga yakin nasib para pekebun kecil akan diberi perhatian sewajarnya oleh FELCRA Bhd dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang kini diletakkan di bawah Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia