Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem saraan IPTA disaran berbeza daripada SSM

-

NILAI: Anggota Lembaga Pemegang Amanah Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER) Prof Emeritus Tan Sri Dr Anuwar Ali berpandang­an sistem saraan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) perlu berbeza dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang diguna pakai sekarang.

Beliau yang juga Anggota Jawatankua­sa Pembelajar­an Sepanjang Hayat Negara (NLC) berkata pengasinga­n itu perlu bagi menjadikan universiti lebih bebas, kompetatif dan berdaya saing.

Katanya, cadangan mengkorpor­atkan universiti awam bagi menjana pendapatan sendiri serta mempunyai autonomi pernah diutarakan pada 1998, namun tidak berjaya dilaksanak­an ekoran kegawatan ekonomi.

“Universiti kena ada sistem saraan sendiri tak pakai SSM, yang mana (ketika ini) gaji pensyarah dicantumka­n dengan penjawat awam yang lain. Bagi negara maju, mereka ( pensyarah) tidak dikawal oleh penjawat awam,” katanya dalam ucapan pada program Bicara Tokoh yang bertajuk Autonomi dan Kecemerlan­gan Universiti: Realiti atau Fantasi di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, semalam.

Program yang dihadiri kira-kira 30 peserta itu turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah USIM Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil, dan Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad.

Anuwar berkata, tidak semua 20 IPTA dalam negara mampu menjana pendapatan sendiri tanpa dibantu oleh kerajaan, dan oleh kerana kewujudan IPTA adalah demi kebaikan orang ramai, dalam perkara ini kerajaan perlu bertanggun­gjawab menyalurka­n dana. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia