Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah bantuan nelayan mungkin dikaji semula

-

BATU PAHAT: Kerajaan bercadang mengkaji semula jumlah Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) yang pada masa ini berjumlah RM300 sebulan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata, bentuk bantuan itu yang diberi pada musim tengkujuh juga mungkin diubah daripada bayaran secara tunai kepada kad pintar atau kupon untuk pembelian barangan keperluan.

“Sebelum ini kita dapati apabila bayaran elaun ini diberikan secara tunai, ada wangnya tidak sampai atau ia digunakan untuk membeli barangan lain, sekali gus tidak membantu nelayan meringanka­n beban,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Hari Bertemu Pelanggan, Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani di Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat, di sini semalam.

Beliau berkata cadangan tersebut mungkin dilaksanak­an tahun depan selepas selesai proses ‘pemutihan’ nelayan yang bertujuan mengenal pasti nelayan tulen.

Mengenai Hari Bertemu Pelanggan, beliau berkata ia diadakan setiap Rabu di jabatan dan agensi masingmasi­ng, selain sebulan sekali dilaksanak­an secara berpusat di agensi atau jabatan terpilih.

Menurutnya program membabitka­n kesemua 13 jabatan dan agensi di bawah kementeria­n yang bertujuan memberi pemahaman dan pendedahan akan perkhidmat­an yang disediakan oleh agensi atau jabatan.

“Hari Bertemu Pelanggan merupakan satu pendekatan holistik untuk menawarkan perkhidmat­an melalui interaksi dan perhubunga­n yang mesra, telus, cekap dan mencapai sasaran serta meningkatn kualiti perkhidmat­an kerajaan kepada orang ramai.

“Kita juga membuat program ini untuk mendapatka­n maklum balas dan cadangan penambahba­ikan agensi serta jabatan,” katanya lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia