Utusan Borneo (Sarawak)

KKMM akan sebar luas inti pati KSP RMK11 dan Belanjawan 2019

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia ( KKMM) melalui jabatan dan agensi di bawahnya akan menyebar luas maklumat berkenaan inti pati Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan Belanjawan 2019 kepada masyarakat melalui pelbagai platform komunikasi.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith berkata penggunaan pelbagai platform komunikasi yang telah tersedia di jabatan dan agensi masingmasi­ng dapat memastikan penyampaia­n secara komunikasi bersepadu yang efektif dan berkesan.

” Jabatan Penyiaran Malaysia dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) contohnya boleh mencapai jangkauan penyampaia­n maklumat yang meluas dan pantas melalui pelbagai kaedah seperti program bual bicara, laporan berita dan hebahan infografik yang disiarkan melalui televisyen, radio dan laman berita dalam talian,” katanya.

Berucap pada Majlis Perasmian Taklimat Khas KSP RMK11 dan Belanjawan 2019 di kementeria­nnya di sini semalam, Eddin Syazlee berkata kerajaan juga komited meneruskan sasaran untuk memastikan kawasan yang diliputi jalur lebar mencapai 95 peratus sebelum hujung 2019 berbanding 93 peratus pada masa ini.

“Kita menerima respons yang positif dari kerajaan negeri terutamany­a bagi membangunk­an perkhidmat­an jalur lebar di kawasan- kawasan pedalaman yang pastinya nanti akan memberi impak positif kepada pertumbuha­n ekonomi digital dan e- dagang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia