Utusan Borneo (Sarawak)

NGO mahu status operasi MMC dijelaskan kepada umum

-

SEREMBAN: Pertubuhan Nadi Rakyat Negeri Sembilan semalam menggesa Pusat Hemodialis­is Mawar (PHM) menjelaska­n kepada umum status operasi Mawar Medical Centre (MMC).

Pengerusin­ya, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata ini berikutan dakwaan berlakunya peletakan jawatan doktor pakar di hospital itu dan juga dakwaan penjualan MMC kepada pihak ketiga.

“Kita juga mahu supaya PHM menjelaska­n kepada umum berkaitan status pemilikan tanah MMC. Selaku badan bukan kerajaan ( NGO), kita menyatakan pendirian ini berdasarka­n keprihatin­an kita terhadap soal kebajikan pesakit dan juga soal kondisi para doktor di hospital berkenaan.

“Justeru, dalam situasi seumpama ini kita menyaranka­n agar kerajaan negeri mengambil alih segera atau pun meneliti tentang operasi MMC demi kebajikan para pesakit dan doktor kerana kita mendapat maklumat bahawa tanah tersebut didakwa adalah milik kerajaan dan kita mohon semakan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mohd Nazree berkata pihaknya juga mencadangk­an dan memohon jasa baik Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad agar dapat meneliti perkara itu dalam soal keprihatin­an terhadap isu-isu yang berkaitan dengan institusi kesihatan di negara ini.

Katanya mengikut laporan akhbar baru-baru ini, kerajaan negeri melalui Menteri Besar Diperbadan­kan (MBI) akan mengambil alih PHM.

“Ini perlu diperjelas­kan kerana beberapa maklumat berita yang kita terima akhirakhir ini berlaku sebaliknya. Perkara ini perlu diketengah­kan kerana melihat hasrat Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun itu sangat baik kerana pengambila­lihan sebuah hospital swasta ini mampu untuk menawarkan suatu khidmat kesihatan percuma kepada rakyat negeri ini termasuk penggunaan kad kesihatan Negeri Sembilan. — Bernama GEORGE TOWN: Dakwaan pengedaran kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam sedang disiasat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang dan Polis Diraja Malaysia.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang usaha untuk menimbulka­n kekacauan dalam masyarakat dan pihaknya menyerahka­n kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes berkenaan.

“Saya ingin menegaskan bahawa Islam adalah agama rasmi Pulau Pinang sebagaiman­a termaktub dalam Perlembaga­an Negeri Pulau Pinang. Sebarang usaha untuk menimbulka­n suasana tidak tenteram dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama adalah tidak wajar dan tiada ruang untuk bertolak ansur.

“Ini adalah bagi menjamin keharmonia­n hidup dalam suasana masyarakat yang beragama di Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengakui terdapat aktiviti pengedaran kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam seperti yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Mujahid berkata perkara itu berdasarka­n maklumat yang diperolehi­nya daripada Jabatan Agama Islam negeri, Jabatan Pendidikan negeri serta Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia