Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Nazrin terima watikah perwakilan asing

-

KUALA LUMPUR: Timbalan Yang di- Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah semalam berkenan menerima watikah pelantikan sembilan ketua perwakilan asing ke negara ini, di Istana Negara di sini.

Mereka ialah Narong Sasitorn yang juga bakal Duta Besar Thailand ke Malaysia, Muhammetny­yaz Mashalov (Turkmenist­an), Walid Abu Ali (Palestin), Pascal Gregoire (Belgium), Fahad Mohammed Yousef Kafoud (Qatar), Major General Lineo Bernard Poopa ( Lesotho) dan Krzysztof Debnicki (Poland).

Dua lagi adalah bakal ketua perwakilan asing yang bermastaut­in di luar Malaysia iaitu Mahmoud M. Aboud yang juga Duta Besar Kesatuan Comoros yang bermastaut­in di Beijing, China, serta Duta Besar Republik Demokratik Kesatuan Ethiopia yang bermastaut­in di Jakarta, Indonesia, Dr Admasu Tsegaye Agidew.

Sementara itu, Sultan Nazrin turut berkenan mengurniak­an watikah pelantikan kepada tiga ketua perwakilan baharu Malaysia ke luar negara.

Mereka ialah Datuk Zai- nol Rahim Zainuddin yang dilantik sebagai Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Yubazlan Yusof (Azerbaijan) dan Mohamad Nasri Abdul Rahman (Papua New Guinea).

Sebelum ini, Zainol Rahim adalah Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi sejak 2015 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerlan­d dari 2001 hingga 2004.

Yubazlan pula adalah Konsul Jeneral Malaysia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu sejak 2016, selain berkhidmat sebagai Menteri Penasihat di Kedutaan Besar Malaysia di Belgrade, Serbia dari 2011 hingga 2016.

Jawatan terakhir Mohamad Nasri adalah Pengarah Pusat Kajian Politik dan Diplomasi Ekonomi di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri sejak akhir 2016 sebelum dilantik sebagai Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke Papua New Guinea.

Turut hadir pada istiadat yang berlangsun­g di Singgahsan­a Kecil, Istana Negara adalah Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? WATIKAH PELANTIKAN: Sultan Nazrin berkenan menyerahka­n watikah pelantikan kepada Zainol di Istana Negara di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama WATIKAH PELANTIKAN: Sultan Nazrin berkenan menyerahka­n watikah pelantikan kepada Zainol di Istana Negara di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia