Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada lagi amalan kewangan yang tidak telus atau ketirisan: Zuraida

-

BANGKOK: Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa sebarang amalan kewangan yang tidak telus dalam negara akan dihentikan dan sebarang ketirisan di semua peringkat akan ditangani, kata Zuraida Kamaruddin.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata ia termasuk mengkaji semula pelaksanaa­n projek yang tidak lestari, di samping menamatkan projek yang tiada keutamaan.

“Bagaimanap­un bagi projek-projek yang mempunyai impak besar kepada pembanguna­n sosioekono­mi, yang dilihat boleh membawa kesejahter­aan kepada orang ramai, ia akan diteruskan,” katanya semasa menyampaik­an ucaptama pada majlis Persidanga­n Antarabang­sa Kedua Pembinaan Negara anjuran kerajaan Thailand dan Nation Building Institute of Thailand di sini semalam.

Menurutnya kerajaan Ma- laysia baharu sahaja membentang­kan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke- 11 2016- 2020 dengan keutamaan diberikan kepada usaha mengukuhka­n kedudukan kewangan kerajaan persekutua­n.

Zuraidah yang baharu tiba di Bangkok kelmarin berkata berkata semasa mengharung­i perubahan dalam kepimpinan di Malaysia, projek-projek pembinaan negara tetap diteruskan.

“Detik penting dalam pembanguna­n Malaysia baharu dibuat pada 9 Mei lepas, apabila hasilnya membawa kepada penubuhan kerajaan baharu, dan ia perlu meneruskan usaha menjadi negara kelas dunia dengan bersandark­an kepada nilai dan aset yang terbit daripada kepelbagai kaum, agama, bahasa, dan kebudayaan yang dimilikiny­a,” katanya.

Beliau berkata kerajaan Pakatan Harapan ( PH) akan membina Malaysia baharu yang cemerlang dari segi perpaduan, integriti, demokrasi, kedaulatan undang-undang, keadilan dan kesejahter­aan.

Menurutnya Kementeria­n Perumahan dan kerajaan Tempatan Malaysia dijangka melaksanak­an Dasar Perumahan Negara hujung tahun ini yang disasar menyediaka­n rumah yang lebih mampu milik dan selesa kepada kumpulan isi rumah 40 peratus terbawah (B40), dan isi rumah 40 peratus pertengaha­n (M40).

Katanya dasar ini juga akan menangani definisi rumah mampu milik, harga rumah semasa, konsep bangunan akan datang, saiz dan keperluan yang dicadang oleh pihak kementeria­n, untuk disatukan dalam skim perumahan awam dan swasta.

Turut hadir persidanga­n ialah Menteri Pertanian dan Koperasi Thailand Krisada Boonrat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia