Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool berdepan ancaman tersingkir awal Red Star berikan kekalahan kedua The Reds pada aksi Liga Juara Juara selepas tewas di Napoli bulan lepas

-

BELGRADE, Serbia: Liverpool berdepan ancaman tersingkir awal dari pusingan pertama Liga JuaraJuara selepas tewas 0- 2 kepada Red Star Belgrade di sini Selasa lepas.

Milan Pavkov menjaringk­an dua gol dalam tempoh tujuh minit separuh masa pertama untuk memberikan kemenangan pertama Red Star dalam Liga Juara-Juara sejak 26 tahun.

Kekalahan menyebabka­n Liverpool tersingkir ke tangga kedua Kumpulan C dengan perbezaan gol selepas Napoli seri 1-1 dengan Paris Saint Germain (PSG) pada perlawanan lain untuk berada di tangga teratas.

“Pemain berasa sangat kecewa, saya juga sangat kecewa dan kami harus bermain dengan lebih bagus lagi. Kami harus bermain lebih bagus kerana kami mampu melakukann­ya tetapi malang ini ia terlalu lewat,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp. Red Star, juara Piala Eropah 1991, belum

pernah

Pemain berasa sangat kecewa, saya juga sangat kecewa dan kami harus bermain dengan lebih bagus lagi. Kami harus bermain lebih bagus kerana kami lewat.” mampu melakukann­ya tetapi malang ini ia terlalu Jurgen Klopp Pengurus Liverpool

melepasi pusingan kelayakan Liga Juara-Juara sejak 1992.

Tetapi dengan sokongan padu penyokong tempatan, juara Liga Serbia itu memberikan kekalahan kedua Liverpool dalam kejohanan ini musim ini selepas tewas di Napoli bulan lepas.

“Mereka mempunyai terlalu banyak tendangan percuma dan salah satu menghasilk­an gol,” tambah Klopp.

“Dan kemudian mereka menjaringk­an gol kedua, menyebabka­n keadaan menjadi lebih sukar untuk kami.

“Mereka bermain dengan penuh semangat dan kami terpaksa mengharung­inya.”

Finalis musim lepas itu menerima padah kerana permulaan hambar dan juga keputusan Klopp melakukan tiga pertukaran dari skuad yang seri 1-1 dengan Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas.

Klopp merehatkan Roberto Firmino dengan Daniel Sturridge diturunkan dalam kesebelasa­n utama di jentera serangan dan rembatan Sturridge tersasar walaupun ia kelihatan mudah untuk menjaringk­an gol pada minit ke-18.

Kegagalan itu ternyata membawa padah apabila Liverpool bolos empat minit kemudian selepas Pavkov melompat tinggi dalam kotak penalti untuk menanduk tendangan sudut Marko Marin untuk menggembir­akan penyokong.

Tidak lama selepas keadaan menjadi lebih bingit di Stadium Rajko Mitic apabila Pavkov merampas bola di kawasan padang Liverpool sebelum melakukan larian deras bersama bola dan kemudian merembat kencang untuk menewaskan penjaga gol Liverpool, Alisson Becker.

Klopp menyedari kesilapan awal pada masa rehat dengan memasukkan Firmino dan Joe Gomez selepas rehat.

Sadio Mane mempunyai peluang merapatkan kedudukan tetapi gagal menyempurn­akan satu hantaran lintang.

Red Star bolos 10 gol selepas dibelasah PSG dan Liverpool pada dua perlawanan terakhir mereka tetapi mereka jelas pasukan yang berbeza di tempat sendiri dan selepas mengikat Napoli tanpa jaringan pada perlawanan pertama, mereka berjaya mengekang jentera serangan Liverpool.

Liverpool menguasai bola tetapi gagal menembusi ke zon kotak penalti dengan lebih banyak rembatan jarak jauh.

Liverpool masih belum tewas dalam 11 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini tetapi sekarang mereka sudah tewas empat perlawanan di gelanggang lawan dalam Liga Juara-Juara. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KEJUTAN BESAR: Klopp (kanan) jelas kecewa ketika meninggalk­an padang selepas tamat perlawanan di Stadium Rajko Mitic, Belgrade pada Selasa lepas.
— Gambar Reuters KEJUTAN BESAR: Klopp (kanan) jelas kecewa ketika meninggalk­an padang selepas tamat perlawanan di Stadium Rajko Mitic, Belgrade pada Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia