Utusan Borneo (Sarawak)

Jaringan Icardi tidak halang Barcelona sahkan kemaraan ke pusingan kedua

-

MILAN, Itali: Barcelona mengesahka­n tempat ke pusingan kedua Liga Juara-Juara walaupun gol lewat Mauro Icardi memastikan Inter Milan mengikat kedudukan 1-1 pada perlawanan di San Siro Selasa lepas.

Icardi menjaringk­an gol dengan cubaan pertama beliau pada minit ke-87 untuk mengikat kedudukan selepas Barca menguasai permainan dari awal dan membuka jaringan empat minit sebelum itu dari gol pemain gantian, Malcom.

“Kami menentang pasukan terbaik di dunia dan mereka menjaringk­an gol seperti yang biasa mereka lakukan tetapi kami tidak mengalah dan terus berusaha,” kata Icardi kepada penyiaran Sky Sport Italia.

“Kami tidak mengalah selepas mereka menjaringk­an gol dan nasib baik bola melantun ke arah saya.”

Icardi merembat bola selepas pergelutan di hadapan pintu gol untuk mengikat kedudukan dan dengan ketangkasa­n penjaga gol Inter, Samir Handanovic, Inter berjaya mengekalka­n kedudukan sehingga ke wisel penamat.

“Kami gagal mengeluark­an bola dari bahaya dan menerima padah,” kata pemain tengah Barca, Sergio Busquets.

“Saya fikir kami selayaknya mendapat lebih dari ini (seri). Kami bermain lebih baik dan menguasai sepanjang permainan.”

Barca, yang beraksi tanpa Lionel Messi kerana kecederaan, terkilan kerana mensia-siakan tiga mata dari satu perlawanan di mana mereka mencipta begitu banyak peluang untuk menang tetapi gagal menewaskan Handanovic di pintu gol Inter.

“Saya fikir Barcelona bermain jauh lebih bagus berbanding kami dan kami tidak dapat melakukan lebih bagus lagi. Mereka kelihatan mudah melancarka­n serangan dalam separuh masa pertama dan apabila anda membiarkan mereka menguasai permainan, anda terpaksa bertahan,” kata Handanovic.

Barca mengawal permainan dari awal dengan rembatan Ousmane Dembele ditepis Handanovic seawal minit pertama.

Penguasaan mereka berterusan hampir sepanjang perlawa- nan ketika Barca terus melakukan serangan demi serangan dengan peluang terbaik Inter sebelum gol penyamaan Icardi ialah pada minit ke-19 apabila rembatan Kwadwo Asamoah melambung tinggi.

Inter bergelut mencari rentak tetapi Handanovic beraksi tangkas menepis cubaan dari Luis Suarez dan Philippe Coutinho untuk mengekalka­n kedudukan tanpa jaringan di masa rehat.

Handanovic terus beraksi cemerlang selepas rehat dengan menepis cubaan Ivan Rakitic tetapi beliau akhirnya bolos pada minit ke-83 apabila Malcom melepasi dua pemain pertahanan Inter sebelum merembat ke pintu gol.

Tetapi empat minit kemudian, Icardi mengikat kedudukan untuk mengutip satu mata berharga.

“Kami mengurangk­an rentak selepas menjaringk­an gol,” kata jurulatih Barca, Ernesto Valverde. “Kami tahu Inter mengutip banyak mata pada minit-minit akhir.

“Apa pun kami gembira kerana sasaran kami untuk melangkah ke pusingan kedua telah dicapai. Satu lagi sasaran ialah untuk menduduki tempat teratas kumpulan.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GOL PENYAMAAN: Icardi (kiri) meraikan jaringanny­a pada perlawanan di San Siro, Milan Selasa lepas.
— Gambar AFP GOL PENYAMAAN: Icardi (kiri) meraikan jaringanny­a pada perlawanan di San Siro, Milan Selasa lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? GOL!: Penjaga gol PSV, Jeroen Zoet gagal menepis keluar bola rembatan Kane untuk memberikan gol kedua Spurs pada aksi di Stadium Wembley, London pada Selasa lepas.
— Gambar Reuters GOL!: Penjaga gol PSV, Jeroen Zoet gagal menepis keluar bola rembatan Kane untuk memberikan gol kedua Spurs pada aksi di Stadium Wembley, London pada Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia