Utusan Borneo (Sarawak)

Dua gol Kane kembalikan impian Spurs melangkah ke peringkat kalah mati

-

LONDON, England: Tottenham Hotspur kelihatan tersingkir awal dari saingan Liga Juara- Juara sebelum Harry Kane menjaringk­an dua gol lewat untuk membantu pasukannya menang 2-1 ke atas PSV Eindhoven Selasa lepas.

Ia seperti satu lagi malam mengecewak­an buat Spurs dalam aksi Kumpulan B selepas Luuk de Jong membuka jaringan buat PSG seawal minit pertama perlawanan.

Sejumlah 5,000 penyokong PSG yang hadir di Stadium Wembley bersedia untuk meraikan kemenangan hebat pasukan mereka tetapi dikecewaka­n oleh Kane yang kini menjaringk­an 13 gol dalam kejohanan ini dari 14 perlawanan.

B e l i a u a k h i r n y a menewaskan penjaga gol PSV, Jeroen Zoet pada minit ke-78 untuk mengikat kedudukan sebelum menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-89.

Ia memastikan kemenangan pertama Spurs dalam kumpulan ini walaupun gol lewat Mauro Icardi buat Inter Milan ketika seri 1-1 dengan Barcelona bermakna Spurs masih berdepan tugas sukar untuk meneruskan kemaraan ke pusingan kedua.

Namun masih ada harapan, dan kemenangan ke atas Inter di tempat sendiri pada perlawanan seterusnya akan membolehka­n mereka berkongsi tujuh mata dengan Inter sebelum perlawanan menentang Barcelona di Nou Camp.

“Hari ini tidak begitu ideal apabila bolos awal, tetapi kemudian kami menguasai permainan dan mencipta peluang,” kata Kane, yang kini sudah menjaringk­an 22 gol untuk Spurs di Eropah.

“Memenangi perlawanan ini satu perangsang besar dan kami akan ke Inter selepas rehat bola sepak antarabang­sa dengan keyakinan, penuh tenaga dan berharap boleh melakukan perkara yang sama.”

PSV, juara Liga Belanda hampir pasti terkeluar dari saingan selepas kekal dengan satu mata.

Kad merah penjaga gol Spurs, Hugo Lloris ketika seri 2-2 dengan PSV di Belanda dua minggu lepas bermakna Paulo Gazzaniga membuat penampilan sulung dalam Liga Juara- Juara bersama Spurs.

Bagaimanap­un, tugas pertama beliau ialah mengutip bola dari dalam pintu gol selepas De Jong tidak dikawal untuk menanduk satu tendangan sudut Gaston Pereiro seawal minit pertama.

Ia membangkit­kan respons dari Spurs, dengan rembatan Dele Alli berjaya dikeluarka­n sebelum melepasi garisan gol oleh Angelino dan pergerakan Lucas Moura berjaya dikawal pertahanan PSV. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia