Utusan Borneo (Sarawak)

Chelsea akan sahkan tempat ke pusingan kedua Liga Europa jika benam BATE di Belarus hari ini

-

PARIS, Perancis: Arsenal memulakan perlawanan menentang Sporting Lisbon di Stadium Emirates hari ini dengan memburu satu tempat ke pusingan kedua Liga Europa dengan bersemanga­t dari aksi memberangs­angkan ketika seri dengan pesaing kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Liverpool.

Arsenal berada di tangga teratas Kumpulan E selepas memenangi kesemua tiga perlawanan setakat ini dan kelihatan lebih menyerlah di awal era pasca Arsene Wenger.

Kemenangan kedua berturut- turut ke atas Sporting akan melanjutka­n tempoh tanpa kalah mereka kepada 15 perlawanan dalam semua pertanding­an.

Dua kekalahan berturut- turut kepada Manchester City dan Chelsea di awal musim menyebabka­n beberapa pihak mempersoal­kan sama ada Arsenal boleh bersaing dengan lawan yang lebih kuat tetapi pemain baharu Arsenal, Bernd Leno berkata keputusan Sabtu lepas ( seri dengan Liverpool) telah membuktika­n sesuatu.

“Saya fikir kita semua melihat bagaimana kami boleh bermain dengan baik menentang pasukan kuat,” kata penjaga gol dari Jerman itu.

“Kami mengawal pasukan Liverpool. Kami bermain dari pertahanan, ia bukan hanya kerana tuah atau nasib bagus. Kami bermain dengan hantaran baik dari pertahanan dan ia adalah cara kami mahu bermain.”

Naib juara Liga Juara-Juara pada 2006 itu gagal layak ke Liga Juara- Juara pada dua musim terakhir Wenger tetapi sekarang mempunyai peluang untuk menamatkan dua kemarau kejuaraan – Liga Perdana dan Liga Juara-Juara.

Leno memikirkan pengaruh jurulatih Arsenal, Unai Emery, merupakan kunci dalam perubahan suasana di Emirates.

“Jurulatih memberikan kami banyak keyakinan untuk bermain seperti ini,” tambah beliau.

“Saya tidak dapat membanding­kannya kerana tahu lepas saya tidak berada di sini tetapi saya fikir beliau (Emery) telah mengubah beberapa perkara – sudah tentu dari cara kami bermain dari pertahanan tetapi juga bermain dengan sangat agresif dan pertahanan juga lebih bagus.

“Dari segi taktik, ia satu langkah lebih baik berbanding awal musim kerana ia memerlukan masa dan ia juga memerlukan masa sekarang untuk mingguming­gu mendatang.

“Jika kami bermain seperti ini, kami boleh mengharung­i satu musim yang hebat.”

Chelsea juga boleh mengesahka­n tempat ke pusingan kedua dengan kemenangan ke atas BATE Borisov di Belarus, selepas melihat Alvaro Morata menjaringk­an lima gol dari enam perlawanan dengan dua gol ketika menentang Crystal Palace hujung minggu lepas. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TANDA HORMAT: Emery (dua kiri) berjabat tangan ketika menyambut ketibaan pemainnya pada sesi latihan skuad di St Albans, Britain semalam.
— Gambar Reuters TANDA HORMAT: Emery (dua kiri) berjabat tangan ketika menyambut ketibaan pemainnya pada sesi latihan skuad di St Albans, Britain semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia