Utusan Borneo (Sarawak)

PTBS pertahan kejuaraan tenis jemputan KGS

-

KUCHING: Persatuan Tenis Bumiputera Sarawak ( PTBS) berjaya mempertaha­nkan kejuaraan Pertanding­an Tenis Jemputan KGS Ke- 2 yang diadakan di Kelab Golf Sarawak ( KGS) baru- baru ini.

Ia susulan kemenangan 2- 1 menewaskan KGS Red dalam aksi final yang cukup sengit.

Edisi kali ini disertai lapan pasukan dengan enam pasukan lain ialah PDRM, SLTA Persatuan Tenis Kota Samarahan, MRs A, MRs B dan KGS Yellow.

Laluan PTBS nyata bu- kan mudah apabila diundi bertemu dengan SLTA di peringkat separuh akhir sebelum mara ke final untuk menewaskan KGS Red.

Selaku johan, PTBS membawa pulang baucar barangan LEA bernilai RM600 dan trofi manakala KGS Red turut menerima baucar barangan LEA bernilai RM500.

Pemenang tempat ketiga dan keempat iaitu SLTA dan MRs A masing- masing menerima baucar barangan RM400 dan RM300.

Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Timba- lan Presiden KGS, Tan Sri Datuk Amar Mohammad Morshidi Ghani yang merasmikan kejohanan memuji Pengerusi Kejohanan, Yakup Jalel kerana berjaya menganjurk­an kejohanan itu.

Beliau juga berharap ianya dapat diteruskan pada tahun hadapan untuk menggalakk­an ahli mengambil bahagian selain mempromosi tenis dalam kalangan masyarakat.

Katanya, KGS juga mempertimb­angan untuk melapis semula permukaan dua gelanggang lain di kelab itu bagi menjadikan KGS salah satu venue utama untuk menganjurk­an kejohanan tenis di Kuching.

Sementara itu, Yakup yang merasmikan penutupan pertanding­an mengucapka­n tahniah kepada para pemenang dan pemain yang mengambil bahagian sambil mengumumka­n KGS akan meneruskan penganjura­n kejohanan itu pada tahun hadapan dengan mensasarka­n lebih banyak penyertaan.

Pertanding­an anjuran KGS itu disertai seramai 75 pemain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia