Utusan Borneo (Sarawak)

Final Piala TKM1 di Kompleks Sukan Betong, 10 November

-

Red Star berikan kekalahan kedua The Reds pada aksi Liga Juara Juara selepas tewas di Napoli bulan lepas BETONG: Final kejohanan bola sepak Piala Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) akan diadakan pada 10 November ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA) Nelson Kloni Kanang berkata, kejohanan yang bermula Ogos lepas akan melabuhkan tirainya dan bakal diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau dijangka merasmikan perlawanan yang mempertemu­kan juara Piala Liga Betong 2018 Jang BS dengan lawan yang pernah menewaskan mereka pada peringkat kumpulan iaitu Saribas United.

“Kita telah berbincang dengan Datuk Amar bagi menetapkan tarikh perlawanan akhir kejohanan berprestij di bahagian Betong itu.

“Hasil perbincang­an, beliau bersetuju untuk perlawanan tersebut dilangsung­kan pada 10 November ini di Kompleks Sukan Betong,” katanya ketika mempengeru­sikan mesyuarat BDFA di sini, semalam.

Juara kejohanan itu bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, trofi pusingan, piala berserta medal.

Sepak mula perlawanan akhir akan dilangsung­kan pada jam 3 petang di Kompleks Sukan Betong.

“Orang ramai serta peminat dan penyokong bolehlah datang pada masa yang ditetapkan bagi memeriahka­n perlawanan akhir tersebut,” ujarnya.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut, Timbalan Presiden BDFA Abang Soehardie Abang Zaini, Setiausaha Kehormat Saiful Hanizam, Bendahari Saleman Senin serta exco.

 ??  ??
 ??  ?? SUMBANGAN: Abdullah menyampaik­an sumbangan kewangan kepada Kumpulan Pecahan Seni Silat Melayu Asli yang diwakili Othman.
SUMBANGAN: Abdullah menyampaik­an sumbangan kewangan kepada Kumpulan Pecahan Seni Silat Melayu Asli yang diwakili Othman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia