Utusan Borneo (Sarawak)

Mizta dan Otine membanggak­an Sarawak dengan rekaan fesyen berasaskan pua kumbu

-

SEMANGAT MIZTA dan Otine menjadi kebanggaan Sarawak dalam memperkena­lkan penggunaan kain tradisi masyarakat Iban, pua kumbu dalam sentuhan rekaan fesyen terkininya.

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata demikian sambil menambah bahawa produk pua kumbu masih boleh diterokai.

“Bukan sekadar baju sahaja yang dapat dihasilkan dari produk pua kumbu, malah pua kumbu juga dapat dibuat menjadi kasut, tali leher, beg dan pelbagai lagi.

“Diharapkan dengan cara ini produk pua kumbu dapat dikomersia­lkan di Malaysia dan ke negara luar dlam membantu menjana pendapatan individu yang menghasilk­an produk ini,” katanya ketika berucap pada majlis ‘An Evening With M.O Couture Sarawak’.

Beliau menyatakan harapan agar lebih ramai anak muda tempatan yang akan berminat untuk memperagak­an hasil kraf dari Sarawak.

M.O Couture Sarawak memperkena­lkan rekaan busana ‘ready-to-wear’ dan busana pua kumbu untuk koleksi 2019-2020.

Mizta dan Otine mendapat garapan sentuhan antarabang­sa dalam setiap koleksinya itu dengan penggunaan renda bertatah kristal Swarovski dan tulle bagi 25 koleksi terbaharun­ya untuk lelaki dan wanita.

Menurut Mizta, 14 daripada 25 koleksi bersama Otine adalah koleksi pua kumbu.

Beliau pada masa yang sama menyatakan harapan untuk menghasilk­an lebih banyak koleksi yang bertemakan pua kumbu.

Turut membuat penampilan khas pada majlis tersebut ialah Miss Supranatio­nal Malaysia 2018 Sanjana Suri sebagai ‘Muse’ M.O Couture.

Majlis turut dihiburkan dengan dendangan merdu Karen Libau dan diacarakan Penyampai Radio ERA fm Jonathan Ding, manakala barangan kemas ditaja Ida Hanicomb.

 ??  ??
 ??  ?? BERGAYA: Rekaan pua kumbu M.O Couture Sarawak yang diperagaka­n model lelaki.
BERGAYA: Rekaan pua kumbu M.O Couture Sarawak yang diperagaka­n model lelaki.
 ??  ?? MENAWAN: Miss World Malaysia 2018, Larissa Ping memperagak­an koleksi pua kumbu rekaan unik Mizta dan Otine dari M.O Couture Sarawak.
MENAWAN: Miss World Malaysia 2018, Larissa Ping memperagak­an koleksi pua kumbu rekaan unik Mizta dan Otine dari M.O Couture Sarawak.
 ??  ?? MEMBANGGAK­AN: Mizta (tengah) dan Otine (kanan) ditemu ramah media massa tempatan, baru-baru ini.
MEMBANGGAK­AN: Mizta (tengah) dan Otine (kanan) ditemu ramah media massa tempatan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia