Utusan Borneo (Sarawak)

‘Budak Usin’ di slot Iris TV3

-

DIBINTANGI oleh Akhbar Latefi, Shamsul Ghau Ghau, Shanie, Zalif Sidek dan ramai lagi, ‘Budak Usin’ adalah drama komedi terbaru terbitan Radius One Sdn Bhd yang kini bersiaran menerusi slot Iris TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang.

Drama arahan Shahruleza­d Mohameddin ini merupakan ‘spin-off’ kepada drama ‘Budak Ijat’. Mengisahka­n sebuah keluarga yang harus berdepan dengan pelbagai isu berkaitan buli, persepsi serta diskrimina­si oleh orang lain selepas berpindah dari kampung ke sebuah bandar besar.

Usin (adik Akhbar Latefi) ialah seorang budak yang petah bercakap, comel dan berpewatak­an menarik.

Walaupun dia terpaksa menempuhi pelbagai cabaran hidup, tetapi dia tidak pernah mengalah atau tewas dibuli oleh seorang pelajar nakal bernama Syafik.

Sebaliknya, Usin sentiasa perjuangka­n apa yang betul dan salah, seakan-akan dia ialah seorang hero.

Di rumah, Usin harus melayan karenah keluargany­a pula. Bapanya Rahim (Shamsul Ghau Ghau), berubah menjadi seorang yang kedekut dan berkira setelah ditipu pelanggan.

Abangnya yang bernama Hud (Zalif Sidek) pula bercita-cita untuk menjadi seorang jurulatih zumbah terkenal, manakala kakaknya Najwa (Njua P. Ramlee) sedang mengejar impian untuk menjadi pelakon terkenal.

Ibu kepada Usin iaitu Imah (Syanie) pula sentiasa dicemburui oleh jiran sebelah rumahnya, Naquyah (Mak Ude), yang pantang melihat Imah lebih daripadany­a.

Naquyah akan lakukan apa saja untuk buat Imah dibenci jiran tetangga.

Persoalann­ya, bagaimanak­ah Usin dan keluargany­a terus cekal dan hidup bahagia di samping dikeliling­i oleh orang-orang yang dengki terhadap mereka?

Drama ‘Budak Usin’ ini juga dapat disaksikan di portal video www.tonton. com.my.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.xtra.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, Instagram TV3 iaitu @tv3malaysi­a, dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @ dramasanga­t. ditinggalk­an oleh jenayah suami-suami mereka yang sudah mati.

Jantina, kaum, jenayah dan politik merupakan semua subjek yang disentuh dalam filem itu, yang dibintangi pemenang anugerah Oscar, Viola Davis, bintang ‘Fast and Furious’ Michelle Rodriguez dan aktres ‘The Night Manager’ Elizabeth Debicki.

“Seluruh idea tentang melakukan rompakan ala ‘roller-coaster’ ini adalah untuk melibnatka­n seluruh idea eskapisme itu, seluruh aspek filem aksi tetapi tidak menidakkan persekitar­an sosio ekonomi semasa dan politik di mana kita hidup sekarang,” kata McQueen kepada Reuters dalam satu temu ramah.

Pembuat filem yang dilahirkan di London itu, terkenal kerana ‘12 Years a Slave’ dan ‘Shame’, berkata dia memutuskan untuk membuat filem itu “di sebuah bandar raya barat yang kontempora­ri dan tegang”, dan memilih Chicago, bandar raya ketiga terbesar di Amerika Syarikat.

“Saya mahu membawa fiksyen ini dan mencantumk­annya ke dalam realiti kehidupan harian kita,” katanya.

“Pertama sekali, kerja saya adalah untuk menghibur. Kedua kita harap ia akan menerangi, kita harap ia akan menyinari perkara yang berlaku setiap hari yang sebenarnya dapat dikenali dan disedari segelintir orang.”

“Saya hanya dapat berharap agar filem ini dapat berbuat demikian, walaupun ia hanya satu orang.” — Reuters

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia