Utusan Borneo (Sarawak)

Bangunan runtuh di Marseille, lapan dikhuatiri mati Pegawai ikrar periksa semua bangunan ‘yang tidak sesuai’ untuk habitasi tatkala kemarahan awam semakin meningkat

-

MARSEILLE: Pegawai Perancis berikrar untuk memeriksa semua bangunan di Marseille “yang tidak sesuai” untuk habitasi manakala kemarahan semakin meningkat berhubung keruntuhan dua bangunan di bandar raya Mediterran­ean itu, di mana seramai lapan orang dikhuatiri mati.

Mayat kelima dikeluarka­n pada pagi semalam daripada runtuhan bangunan usang tersebut, yang tiba-tiba runtuh pada pagi Isnin di Noailles, sebuah daerah kelas buruh di tengah bandar raya pelabuhan itu.

Mangsa yang terkorban termasuk dua wanita dan tiga lelaki, kata pendakwa raya Xavier Tarabeux kepada AFP.

Menurut pihak berkuasa, seramai lima hingga lapan orang dipercayai maut dalam runtuhan itu.

Menteri Dalam Negeri Christophe Castaner memberitah­u penggubal perundanga­n di Paris bahawa beliau sudah mengarahka­n audit bangunan demi bangunan sebelum melaksanak­an “program yang bercita-cita tinggi untuk memastikan keadaan selamat” bersama pihak berkuasa Marseille.

“Hampir 6,000 hartanah sudah dikenal pasti sebagai berisiko” di bandar raya itu, katanya, yang mewakili kirakira 44,000 tempat penginapan dalam kawasan kejiranan kelas rendah, dan menganggap situasi itu sebagai tidak dapat diterima.

Penyelamat telah memeriksa dengan teliti sisa bangunan. Sebahagian bangunan bersebelah­an yang ketiga roboh pada malam kelmarin.

Penduduk kelmarin berkata risiko struktur bangunan dan lain-lain seumpamany­a diketahui ramai tetapi pegawai bandar raya tidak bertindak selepas dimaklumka­n mengenainy­a.

“Semua orang tahu tentang masalah dengan dua bangunan yang runtuh itu,” kata Patrick Lacoste, seorang jurucakap bagi sebuah kumpulan tindakan perumahan tempatan.

“Orang mati sia- sia sahaja, walaupun kita tahu kenapa.”

“Ia adalah neraka di sini, mereka tahu bahawa ia mengarut dan sekarang orang mati sia- sia sahaja,” kata penduduk tempatan Toufik Ben Rhouma.

Bencana itu, ujarnya, “100 peratus kesalahan dewan bandar raya”.

“Saya sudah tinggal di sini selama 10 tahun dan seorang pun tidak pernah datang untuk memeriksa pangsapuri saya,” kata seorang wanita yang memperkena­lkan diri sebagai Sophie.

Jirannya berkata dia tidak pernah melihat pemeriksa dalam tempoh 27 tahun.

Pada petang kelmarin, beberapa penduduk kembali ke kediaman mereka dalam bangunan bersebelah­an untuk menyimpan barang dalam beg dan beg pakaian, dan ada yang meninggalk­annya sambil membawa televisyen bersama mereka, kata seorang pemberita AFP.

Hanya salah sebuah bangunan terbabit dihuni, kerana keadaan dua bangunan lagi begitu buruk sekali sehinggaka­n ia dikecam.

Imej Google Maps yang diambil sejak beberapa bulan lalu menunjukka­n bangunan yang runtuh itu mempunyai rekahan besar pada bahagian depan bangunan.

Orang tinggal dalam sembilan daripada 10 pangsapuri dalam salah sebuah bangunan tersebut, manakala sebuah kedai dibuka di tingkat bawah.

Seorang pelayan muda melihat suasana dengan mata yang berlinanga­n air mata, sambil menunggu berita dengan gelisah mengenai seorang wanita Itali yang tinggal di bangunan terbabit.

“Dia seorang gadis yang hebat, dia pernah datang dan belajar di bar,” katanya tanpa memberikan namanya.

Abdou Ali, 34, datang untuk mencari ibunya selepas dia tidak dapat untuk menjempat anak lelaki bongsunya di sekolah pada petang Isnin lepas.

“Saya belum menerima sebarang berita,” katanya sambila berlegar- legar di kalangan penyelamat.

Pihak berkuasa bandar raya Marseille, yang sudah memindahka­n 100 penghuni dari bangunan berdekatan sebagai langkah berjagajag­a, percaya hujan lebat mungkin telah menyumbang kepada keruntuhan. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia