Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tembak penyerang berpisau di stesen kereta api bawah tanah

-

HONG KONG: Polis Hong Kong menembak dan mencederak­an dengan parah seorang lelaki yang menurut mereka mengancam anggota polis dengan pisau sewaktu operasi henti-dan-periksa di sebuah stesen kereta api bawah tanah yang sibuk semalam.

Polis jarang sekali menembak suspek di Hong Kong, di mana ia menyalahi undang-undang bagi orang awam untuk membawa senjata api.

Anggota polis memintas seorang lelaki “mencurigak­an di stesen Sham Shui Po tetapi dia kemudian mengeluark­an pisau sepanjang 15 sentimeter dari beg galasnya, kata komander bahagian Chow Ngaikong kepada pemberita.

Selepas memberi amaran kepadanya, seorang anggota polis wanita menembakny­a dan dia dihantar ke hospital dengan kecederaan perut.

Lelaki bersenjata­kan pisau dan berusia 55 tahun itu, yang sudah ditangkap, berada dalam keadaan yang tenat.

Ditanya oleh pemberita kenapa polis menembak lelaki itu pada waktu sibuk di sebuah stesen yang sesak, Chow berkata nyawa mereka telah diancam.

“Lelaki itu menggunaka­n senjata tajam yang mengancam nyawa untuk menyerang anggota polis di tempat kejadian,” kata Chow.

“Dia (anggota polis) sudah menimbang sama ada dia ada peluang untuk menepati sasaran sebelum dia benar-benar melepaskan tembakan,” ujarnya.

Lelaki terbabit memegang kad pengenalan Hong Kong, kata Chow, yang tidak memberikan maklumat lanjut mengenai suspek. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BAHAN BUKTI: Polis berkawal di sebelah bakul (kiri) yang digunakan untuk menutupi pisau di kawasan yang ditutup di stesen kereta api bawah tanah di Hong Kong semalam.
— Gambar AFP BAHAN BUKTI: Polis berkawal di sebelah bakul (kiri) yang digunakan untuk menutupi pisau di kawasan yang ditutup di stesen kereta api bawah tanah di Hong Kong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia