Utusan Borneo (Sarawak)

Korea Selatan mohon maaf anggota undang- undang tentera rogol wanita, remaja pada 1980

-

SEOUL: Kementeria­n pertahanan Korea Selatan semalam memecah kesenyapan selama berdekad-dekad untuk memohon maaf bagi anggota undang-undang tentera yang merogol wanita termasuk remaja ketika mereka mematahkan pemberonta­kan prodemokra­si pada 1980.

Menteri Pertahanan Jeong Kyeong-doo mengeluark­an permohonan maaf terbuka kerana melakukan “kesakitan dan parut mendalam yang tidak terkata” ke atas “wanita tidak bersalah” yang dirogol dan tertakluk kepada “penyeksaan seks” oleh askar yang bertindak terhadap protes ke atas kudeta tentera oleh Jeneral Chun Doohwan.

Penunjuk perasaan di kota selatan Gwangju dan orang yang lalu dibelasah sehingga mati, diseksa, ditikam dengan bayonet dan dikeluarka­n isi perut atau ditembak bertalutal­u.

Golongan konservati­f di Korea Selatan masih mengecam pemberonta­kan itu sebagai diilhamkan oleh puak komunis.

Menurut perangkaan rasmi, lebih 200 orang mati atau hilang manakala aktivis berkata jumlah itu mungkin tiga kali lebih banyak.

Tentera Chun dipercayai turut melakukan serangan seksual yang berleluasa ke atas wanita tetapi isu itu sudah lama disapu bawah karpet selepas mangsa yang trauma ragu-ragu untuk tampil ke hadapan.

Keadaan berubah ekoran pemilihan presiden semasa yang liberal Moon Jae-in, yang menjadikan usaha membongkar kebenaran mengenai Gwangju satu isu kempen, dan apabila salah seorang mangsa mendapat dorongan daripada pergerakan #MeToo yang semakin berkembang di Korea Selatan.

Penunjuk perasaan Kim Sun-ok memberitah­u seorang penemurama­h televisyen pada Mei lalu bahawa dia telah dirogol oleh seorang penyoal siasat pada 1980, yang mendorong pihak berkuasa untuk melancarka­n siasatan yang mengesahka­n 17 kes.

“Siasatan mengesahka­n rogol, serangan seksual dan penyeksaan seks dilakukan oleh anggota undang-undang tentera,” menteri pertahanan menyebut dalam satu kenyataan.

Mangsa termasuk remaja dan wanita muda, selain “pelajar muda dan seorang wanita mengandung yang langsung tidak menyertai protes”, katanya di satu sidang akhbar.

“Bagi pihak kerajaan dan tentera, saya tunduk dengan rendah sekali dan menyampaik­an kata-kata memohon maaf bagi kesakitan dan parut mendalam yang tidak terkata ke atas mangsa yang tidak bersalah,” kata Jeong.

Namun Kim menolak permohonan maaf itu.

“Saya tidak mendengarn­ya disebabkan oleh pengalaman saya yang traumatik,” katanya. “Jika mereka yang bertanggun­gjawab tidak dibawa ke muka pengadilan dan dihukum sewajarnya, sejuta permohonan maaf adalah tidak bermakna.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia