Utusan Borneo (Sarawak)

Kereta api besar bergerak sejauh 90 kilometer tanpa pemandu

-

SYDNEY: Sebuah kereta api besar yang membawa muatan bijih besi terpaksa dibabaskan dari landasan dari jauh selepas ia bergerak sendiri dengan laju di kawasan pedalaman Australia selama hampir sejam.

Kereta api 268 gerabak itu memulakan perjalanan solo apabila pemandunya turun dari kabinnya untuk menjalanka­n pemeriksaa­n, dan tidak lama kemudian bergerak pada kelajuan 110 kilometer sejam.

Syarikat pelombonga­n gergasi BHP, yang memiliki kereta api empat lokomotif itu, memutuskan untuk membabaska­nnya sebelum ia sampai ke bandar Port Hedland dekat tapak Pilbara di Western Australia, dan memetik titik.

Kereta api tergelinci­r dari landasan, dan merosakkan kira-kira 1,500 meter landasan, tetapi tidak mencederak­an sesiapa.

Imej udara yang diterbitka­n oleh akhbar The West Australian menunjukka­n kesan bangkai yang remuk selepas insiden berlaku Isnin lepas, dengan beberapa gerabak yang diliputi muatannya.

Australia merupakan salah satu sumber bijih besi utama di dunia.

BHP semalam berkata lebih 130 orang sedang bekerja untuk mengeluark­an kereta api itu dan memperbaik­i landasan – satu laluan akses penting bagi kemudahan perlombong­an yang begitu besar itu – dan sebahagian operasi kereta api dijangka bermula semula dalam masa kira-kira seminggu.

Tapak lombong masih beroperasi dan rizab akan digunakan untuk meneruskan operasi pelabuhan, “bagaimanap­un ia tidak dijangka meliputi seluruh tempoh gangguan”, seorang jurucakap BHP menyebut dalam satu kenyataan.

“Kami akan berhubung dengan pelanggan kami berhubung komitmen kami di bawah kontrak bagi tempoh ini,” ujarnya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia