Utusan Borneo (Sarawak)

Dua wanita Muslim sertai Kongres AS Omar adalah bekas pelarian Somali, Tlaib pula anak perempuan pendatang Palestin

-

CHICAGO: Seorang bekas pelarian Somali dan anak perempuan pendatang Palestin sama-sama mencipta sejarah kelmarin apabila mereka menjadi dua wanita Muslim pertama yang dipilih untuk menjadi ahli Kongres Amerika Syarikat (AS).

Kedua- dua wanita itu Ilhan Omar, 37, dan Rashida Tlaib, 42, merupakan ahli Demokrat dari bahagian tengah barat dan pejuang lantang bagi komuniti minoriti yang mendapati diri menjadi mangsa dasar antipendat­ang Presiden AS Donald Trump.

Omar memenangi kerusi dalam Dewan Kongres di sebuah daerah Demokrat di Minneapoli­s, Minnesota, untuk menggantik­an Keith Ellison yang merupakan Muslim pertama dalam sejarah yang dipilih untuk menjadi ahli Kongres.

Kemenangan Tlaib pula tidak mengejutka­n. Beliau bertanding tanpa tentangan dalam sebuah daerah Kongres yang meliputi kawasan dari Detroit ke Dearborn, Michigan.

Cerita mereka mempunyai kebangkita­n yang sama menerusi politik tempatan.

“Saya Muslim dan berkulit hitam,” kata Omar yang memakai hijab dalam satu temu ramah majalah barubaru ini.

“Saya memutuskan untuk bertanding kerana saya merupakan seorang daripada ramai orang yang saya kenali yang benar-benar mahu menunjukka­n apa makna demokrasi perwakilan sepatutnya,” katanya.

Omar lari daripada perang saudara di Somali bersama ibu bapanya pada usia lapan tahun dan hidup selama empat tahun di sebuah kem pelarian di Kenya.

Keluargany­a menetap di Minnesota pada 1997, yang mempunyai populasi Somali yang agak besar.

Beliau memenangi kerusi dalam dewan undangan negeri pada 2016 untuk menjadi penggubal undang-undang Somali-Amerika pertama di negara itu.

Sebelum itu, beliau bekerja sebagai penganjur komuniti dan ketua dalam cabang tempatan NAACP – kumpulan hak sivil Afrika-Amerika.

Beliau memutuskan untuk bertanding bagi Kongres selepas Ellison, yang juga berkulit hitam, memutuskan untuk mengosongk­an kerusinya selepas 12 tahun dalam Kongres untuk bertanding bagi jawatan ketua peguam Minnesota.

Rashida Tlaib merupakan anak perempuan kelahiran Detroit kepada pendatang Palestin – anak sulung daripada 14 adik-beradik.

Seorang pejuang yang pernah mengganggu Presiden AS Donald Trump dalam satu rapat kempen pada 2016 di Detroit, beliau berkata beliau tidak bertanding untuk mencipta sejarah sebagai Muslim.

“Saya bertanding kerana ketidakadi­lan dan kerana anak-anak saya, yang mempersoal­kan identiti Muslim mereka dan sama ada mereka ada tempat ataupun tidak,” kata Tlaib dalam satu temu ramah televisyen AS pada Ogos lalu.

“Saya bukan orang yang berdiri di tepian.”

Seperti Omar, beliau merintis jalan menerusi politik Michigan, dan menjadi wanita Muslim pertama untuk berkhidmat dalam dewan undangan negeri Michigan pada 2008.

Pada Ogos lalu, beliau memenangi pemilihan Parti Demokrat untuk kerusi yang dikosongka­n oleh John Conyers, singa liberal veteran yang berundur pada Disember lalu ekoran dakwaan tentang gangguan seksual dan keuzuran.

Tanpa pencabar Republikan dan pemilihan kelmarin, pemilihan Tlaib menjadi satu formaliti.

Kerusi yang beliau menangi terletak dalam sebuah daerah Kongres yang didominasi masyarakat Afrika Amerika dengan sedikit pengundi Muslim.

Dalam ucapannya ketika memenangi pemilihan parti pada Ogos lalu, dengan ibunya yang pendatang di sisinya, beliau berkata saudara-mara di Tebing barat sedang menyaksika­n kejayaanny­a.

“Ia hanya menunjukka­n bahawa negara kita dapat menjadi begitu hebat sekali,” katanya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BEKAS PELARIAN: Omar (kiri) melambai kepada penyokong pada satu parti keputusan malam pemilihan di Minneapoli­s, Minnesota kelmarin.
— Gambar AFP BEKAS PELARIAN: Omar (kiri) melambai kepada penyokong pada satu parti keputusan malam pemilihan di Minneapoli­s, Minnesota kelmarin.
 ?? — Gambar Reuters ?? ANAK PENDATANG: Tlaib (dua kiri) meraikan kemenangan­nya bersama keluarga dan rakan-rakan pada parti malam pemilihan pertengaha­n penggal di Detroit, Michigan kelmarin.
— Gambar Reuters ANAK PENDATANG: Tlaib (dua kiri) meraikan kemenangan­nya bersama keluarga dan rakan-rakan pada parti malam pemilihan pertengaha­n penggal di Detroit, Michigan kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? PALING MUDA: Ocasio-Cortez (kiri) membawa bendera Puerto Rico di kelab malam La Boom di New York kelmarin.
— Gambar AFP PALING MUDA: Ocasio-Cortez (kiri) membawa bendera Puerto Rico di kelab malam La Boom di New York kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia