Utusan Borneo (Sarawak)

79 pelajar diculik lelaki bersenjata sudah dibebas: Menteri Cameroon

-

NEW YORK: Bintang Demokrat yang sedang meningkat naik Alexandria OcasioCort­ez mencipta sejarah kelmarin sebagai wanita paling muda yang dipilih untuk menjadi ahli Kongres, selepas beberapa wanita minoriti lain turut memenangi pemilihan, dan mengukuhka­n tempatnya sebagai suara terkemuka di sayap kiri politik Amerika Syarikat (AS).

“Kita telah mencipta sejarah pada malam ini,” kata wanita berusia 29 tahun itu kepada penyokong yang bersorak di parti kemenangan­nya di Queens, satu kemenangan yang mengejutka­n bagi seorang wanita yang bekerja di sebuah restoran Manhattan hanya setahun lalu.

Beliau memperjuan­gkan kelas buruh dan asal usul Puerto Rico sebagai anak perempuan seorang tukang cuci dan seorang bapa yang meninggal dunia dalam lingkungan usia 40- an, yang melambangk­an generasi ahli politik yang berlainan dan menjauhkan diri daripada penderma korporat.

Dengan rupa telegenik, karisma dan idelisme muda, beliau amat disukai media dan dalam masa yang sama mengundang kritikan.

Kelmarin beliau membayangk­an cita-cita mendalam yang melangkaui lingkungan kawasannya dan mengucapka­n terima kasih kepada penganjur kerana membina “pergerakan yang lebih besar bagi keadilan kaum, ekonomi dan sosial di AS”, dalam ucapan bersemanga­t yang berakhir dengan konfeti yang jatuh dari siling.

“Jika kita mahu mengubah hala tuju kapal ini sebagai sebuah negara, ia tidak cukup bagus untuk melontar batu ke pekarangan jiran kita, kita mesti membersih rumah kita sendiri,” katanya.

“Tiada yang semula jadi mulia tentang melindungi status quo yang tidak memenuhi keperluan warga kelas buruh Amerika.”

Dari mula lagi, OcasioCort­ez banyak bergantung kepada latar belakangny­a yang tidak ada keistimewa­an untuk menewaskan seorang veteran 10 penggal Parti Demokrat dalam pemilihan parti di New York pada 26 Jun lalu.

Dalam sekelip mata beliau berubah daripada orang yang sama sekali tidak dikenali untuk menjadi calon yang disanjungi di kawasan pantai Amerika, dilaporkan dalam Vogue, menjadi tetamu program perbualan dan menjelajah negara untuk meminjam status bintang rock kepada calon pemberonta­k lain.

Beliau juga orang pertama yang bukan kulit putih untuk mewakili kerusi selamat Demokrat di Queens yang pelbagai dan Bronx, yang umumnya mempunyai ramai pendatang.

Ketika beliau menewaskan penyandang Joe Crowley, beliau bekerja sambilan sebagai seorang pelayan bar.

“Ia benar-benar salah satu cerita paling menakjubka­n pernah saya dengar,” kata pengacara program bual bicara Jimmy Kimmel dalam pengenalan yang tercungapc­ungap. — AFP YAOUNDÉ: Seramai 79 pelajar sekolah yang diculik oleh lelaki bersenjata pada minggu ini di sebuah wilayah berbahasa Inggeris yang bermasalah di Cameroon sudah dibebaskan, kata menteri komunikasi negara kepada AFP semalam.

“Kesemua 79 pelajar sudah dibebaskan,” kata Issa Bakary Tchiroma, tanpa memberi maklumat tentang keadaan di mana mereka dibebaskan.

Penculikan pada Isnin lepas merupakan penculikan besarbesar­an pertama sedemikian di Cameroon dan berlaku ketika ketegangan politik meruncing di negara majoriti berbahasa Perancis itu.

Pelajar terbabit berdaftar di Sekolah Menengah Presbyteri­an di Bamenda, ibu kota Wilayah Barat Laut di Cameroon – satu daripada dua kawasan di mana kegiatan pemisah militan berbahasa Inggeris yang semakin meningkat telah dipatahkan dengan kejam oleh pihak berkuasa.

Pembebasan mereka berlaku sehari selepas Presiden Cameroon yang berusia 85 tahun, Paul Biya, mengangkat sumpah untuk penggal ketujuh sebagai presiden.

Biya berjanji untuk melaksanak­an dasar pengagihan kuasa pusat bagi menangani “kehampaan dan aspirasi” di wilayah berbahasa Inggeris. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia