Utusan Borneo (Sarawak)

Davids, Haaland wanita peribumi pertama menjadi ahli Kongres AS

-

CHICAGO: Dua calon Demokrat, Sharice Davids dan Deb Haaland, mencipta sejarah kelmarin apabila mereka menjadi wanita peribumi Amerika yang pertama dipilih untuk menjadi ahli Kongres, demikian menurut unjuran rangkaian Amerika Syarikat (AS).

Davids, 38, dari Kansas, merupakan seorang peguam dan bekas ahli seni pertahanan campuran. Beliau juga lesbian terbuka, di negeri yang menurut tradisi adalah konservati­f telah menewaskan penyandang Republikan, Kevin Yoder.

Haaland, 57, dari New Mexico, menewaskan Janice Arnold-Jones, seorang calon Republikan, dan Lloyd Princeton, seorang Libertaria­n.

Kedua-dua wanita adalah antara jumlah warga peribumi Amerika yang memecah rekod apabila mereka bertanding dalam pemilihan pertengaha­n penggal bagi kerusi Kongres, pejabat gabenor, dewan undangan negeri dan jawatan lain yang dipilih oleh rakyat.

‘Tegas, Cekal, Peribumi’ tertera pada kemeja yang dipakai oleh Davids dalam salah satu iklan kempennya untuk pilihan raya dalam daerah Kongres ketiga di negeri berkenaan, yang turut merangkumi Kansas dan bandar pinggir selatannya.

Haaland, seorang anggota suku kaum Pueblo di Laguna, merupakan seorang aktivis komuniti yang dikenali ramai dalam daerahnya yang Demokrat, dengan usaha yang tidak mengenal erti lelah untuk menggalakk­an penduduk peribumi Amerika – yang merangkumi dua peratus daripada populasi AS – agar mengundi.

Beliau memulakan kariernya sebagai seorang sukarelawa­n untuk kempen pilihan raya presiden John Kerry pada 2004 – dan membuat panggilan yang tidak putusputus untuk menggalakk­an penduduk peribumi Amerika agar mengundi.

Sejak itu, beliau tidak pernah berhenti berkempen: bekerja sepenuh masa sebagai sukarelawa­n untuk Barack Obama, dan dalam puluhan kempen tempatan dan negeri. Beliau bertanding untuk jawatan timbalan gabenor dan berkhidmat sepenggal sebagai pengerusi parti negeri.

“Kita memerlukan orang tulen yang bercakap mengenai isu-isu kita dan tahu bagimana rasanya,” kata Haaland kepada AFP dalam satu temu ramah sebelum pemilihan, di mana beliau bertanding dalam kerusi daerah Kongres pertama di New Mexico.

“Kita ada orang dalam Kongres sekarang yang tidak tahu bagaimana rasanya” untuk hidup tanpa makanan atau penjagaan kesihatan yang baik, katanya.

Beliau berkata walaupun kebenciann­ya kepada dasar Presiden Donald Trump mengenai imigresen, penjagaan kesihatan dan isu lain mendorongn­ya untuk bertanding, ia bukan satusatuny­a sebab.

Haaland dan Davids menyertai beberapa ahli Demokrat yang sudah bertukar kerusi dalam Dewan Perwakilan, untuk membantu parti mereka merampas kuasa dalam dewan rendah daripada pihak Republikan dan memberi teguran yang tegas kepada Trump. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? HARGAI PENYOKONG: Davids (tengah) menyapa penyokong pada parti malam pemilihan di Olathe, Kansas kelmarin.
— Gambar AFP HARGAI PENYOKONG: Davids (tengah) menyapa penyokong pada parti malam pemilihan di Olathe, Kansas kelmarin.
 ?? — Gambar Reuters ?? CIPTA SEJARAH: Haaland (kiri) bersama anak perempuann­ya Somah di sisinya, selepas memenangi pemilihan pertengaha­n penggal di Albuquerqu­e, New Mexico, AS kelmarin.
— Gambar Reuters CIPTA SEJARAH: Haaland (kiri) bersama anak perempuann­ya Somah di sisinya, selepas memenangi pemilihan pertengaha­n penggal di Albuquerqu­e, New Mexico, AS kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia